Sunday, 18 June 2017

MERIAH RAYA 2017..

Rasanya siapa yang masuk seksyen 7 setiap kali bulan puasa ni memang dah arif sangat kan dengan kesesakan kat sini..memang la rasa nak menyumpah je kalau yang kurang sabar tu..tapi sebenarnya ini lah masa awaa nak belajar kawal emosi tu kan..dah tahu time ni memang jammed datang jugak kenapa?? mesti la ada sebab dan nak rasa sendiri kemeriahan bershoppping di sini..so jangan la marah2..alaa..nak seribu daya kan..

Apa yang kami perhatikan tahun ni cara orang bershopping masih sama..walaupun kita rasa ekonomi sekarang ni agak slow..tapi orang ramai masih boleh spend duit untuk musim2 perayaan dan ramai jugak bakal2 pengantin yang buat tempahan dibulan puasa ni..yang penting kita sentiasa bersedia dengan perancangan..

So tak salah merancang dari awal..tahun depan nak raya tahun ni dah start menabung..😁
Tahun depan mana tahu ada rezeki boleh buat tempahan khas raya dengan EMAS PESONA pulak ke..nak buat sedondon satu family pun takde masalah..macam tahun ni kami hanya buka quota terhad untuk tempahan raya..sampai dah tutup order pun masih ada yang tanya..kan dah melepas..JADI lepas ni kena ingat..nak tempah baju ingat Emas Pesona..😎

So selamat bershopping raya..beringat sikit dalam berbelanja..jangan habis raya poket pun kosong..nanti melopong..😆




Friday, 16 June 2017

SURVEY BAJU PENGANTIN LAST MINUTE??

Kisah nya harini ada customer naik ke butik dan nak tengok baju pengantin..
So kami layankan macam biasa..bila ditanya nak cari apa dia dan pasangan cakap nak SURVEY2 baju untuk majlis sanding..
Tapi yang agak mengejutkan bila kami tanya bila majlis nya..dia dengan selamba je jawab 2 Julai nanti..
.
WHAT?? majlis nak berlansung 2 Julai..which is less then 3 weeks dan dia masih dalam mood nak SURVEY ? dah tu dia boleh pulak cakap..susah nak cari baju sebab saiz takde (dia agak chubby)..
So masih dalam keadaan rileks dan tak risau dengan situasi sendiri..
siapa yang nak ambil tempahan dalam masa sekarang ni?
sempat tak tempahan siap?
kalau beli siap katanya saiz susah nak dapat..
mungkin ke dia nak pakai baju raya je masa majlis nanti?
Agaknya dia jahit baju sendiri..

Kami pulak yang dok terfikir macam2..

Untuk awaa kat luar sana..isu ini bukan pertama kali kami sebut..dah berulang kali..

NAK KAHWIN KENA ADA PERANCANGAN !

Kami sangat suka jika customer datang dengan plan dan alhamdulillah kebanyakan yang datang sekarang tak buat kerja last minute..so progress tempahan pun berjalan baik..ini kalau majlis kurang sebulan dan awaa masih nak guna ayat SURVEY..awaa bukan saja menyusahkan diri awak..tapi awaa juga akan menyusahkan kami yang nak menyiapkan baju awaa tu..dah kalau selang sehari call tanya progress baju siapa tak stress dek oiii..kami bukan jahit baju awaa seorang je..memang la kami terima bayaran untuk siapkan..tapi jangan ganggu kerja orang yang nak bantu awaa..

So PLEASE JANGAN BUAT KERJA LAST MINUTE ..kalau majlis awaa tahun depan..sedap lagi bunyi nya nak guna perkataan SURVEY tu..kalau kurang dari sebulan masih nak survey..itu cari nahas namanya..melainkan awaa tu badan macam super model..tak de masalah dengan bajet..dan paling penting tak cerewet..ni dah tau nak urgent tapi cerewet nya nauzubillah..takut orang nak bantu awaa dek..  😅

GAGAL MERANCANG BERMAKNA MERANCANG UNTUK GAGAL ..

INGAT TU..


ADIOS 😊