Saturday, 29 July 2017

SIAPA KATA SONGKET MURAH?

Termenung sorang2 ni..rasanya dah banyak kali fikirkan pasal fabrik yang satu ni..

SONGKET..

tak kisah la songket asli terengganu ke..songket india ke atau songket pakistan..
kalau dah namanya songket..nampak murah ke sebenarnya dimata awaa ? 
Songket terengganu yang tenun dah terang2 terangan la harga nya memang mahal..memang padan la harga dengan kesusahan nak menenun nya.. 

Tapi apa pulak andaian awaa dengan songket2 lain..memang ada yang murah..hmm ye ke murah..kalau murah dapat dah 20 ringgit sepasang..ye dak 😁
Ni tak dapat jugak..tetap juga cecah beratus kalau nak buat sepasang baju..sekarang ni pulak songket tak terhad pada 1 warna saja..ada yang 2 warna..ada yang 3 warna..ada yang 4 warna..haaa makin banyak kombinasi warna makin tinggi la jugak harganya..dan peminat tegar songket dia akan tahu perbezaan kualiti setiap jenis songket ni..

OK JOM KAMI SHARE SKET CIRI2 ASAS SONGKET

1 - Songket biasanya datang dalam bidang 45..tak pernah lagi jumpa bidang 60..huhu..so kalau nak buat sepasang baju minimum 4 meter diperlukan..itu pun hanya untuk orang yang bersaiz badan standard M ke bawah..kena ingat ye..kalau guna kain yang ada border tak semua saiz badan boleh cukup untuk guna 4 meter..

2 - Songket juga perlukan lining..tak wajib..tapi harus..hehe..faham ke?
Maksudnya..kalau ada lining lebih terjaga la fabrik songket tu..tak la tertarik2 benang nya..kalau ada lining untuk keselesaan awaa juga..untuk elak rasa miang atau geli benang2 songket tu kena kat kulit badan..guna lining dari fabrik aritachi pun dah ok..lain la kalau bajet awaa besar..boleh la guna creepe silk buat lining 😄

3 - Lagi satu bahan untuk kemasan songket yang orang selalu terlepas pandang..INTERFACING..
kalau digunakan makin cantik dan terletak kemas la baju awaa..nak makin cantik..guna pula jacket finishing...Memang tip top la kualiti baju bila dah siap nanti..

4 - Kalau lengkap bahan2 yang digunakan seperti NO2 & NO3.. maka jangan la hairan bin pelik jika kos jahitan nya juga akan lebih tinggi berbanding baju biasa..cuba combine kan bahan2 fabrik tadi dan juga kos jahitan dengan kepelbagaian penggunaan material tambahan untuk kemasannya..
Agak2 awaa la...boleh ke dapat dengan kos yang rendah?..boleh kalau awaa yang jahit sendiri..tapi kalau hantar upah ke tailor..berganda la kosnya..itu belum lagi kalau awaa nak tambah lace untuk patching atau pun beading..Murah lagi ke kosnya ??

So bila bercerita soal nak custom songket..bukan la kami tak bagi..tapi cuba kaji dulu serba sedikit tentang fabrik ni..jangan nanti bila orang bagi harga terus terkedu..kenapa mahal sangat ek?? untuk custom songket pengantin kami tak buat jahitannya ala kadar je..semua ciri2 di atas kami tambahkan untuk jadikan baju awaa cantik..dah la awaa tunjuk gambar dari google tu semuanya cantik2..abis tu kalau tak disediakan dengan cara yang sepatutnya..mana mungkin dapat hasil yang sama..kang bila dah siap tak sama..kena complaint pulak..😅

So awaa yang sangat2 berminat dengan songket..fahami lah kehendak dan keperluan material ni..jangan orang buat awaa pun nak buat..tapi dok argue kenapa la mahal sangat..ehhh tau tak songket ready made yang jual kat kl sana tu pun harganya cecah RM2.5K sepasang tau..itu ready made..kalau custom made..faham2 sendiri lah..kalau rasa tak mampu nak custom cari je yang sewaan..kan mudah😁 


Sekian coretan kali ni..

ADIOS






Saturday, 22 July 2017

PROMOSI SEWAAN BAJU PENGANTIN

Ramai yang tak tahu Emas pesona ada buat baju sewaan sebelum ni sebab kami fokus kepada baju custom made..mana yang datang terus ke butik boleh la kami tunjukkan apa yang kami ada untuk sewaan sebab bagi kami untuk sewaan apa yang paling penting customer nak ke tak nak kena datang juga ke butik..kalau tak macam mana nak tahu condition baju tu..fit atau tak dengan badan sendiri..kalau custom kita tau baju tu dah tentu memang awaa seorang je yang akan pakai..

Istimewanya sewaan kali ni..kami masukkan sekali koleksi2 terbaru dari sample inhouse design yang kerap ditanya oleh customer.. ini pertama kali kami buat memandangkan respond yang amat tinggi untuk design2 tersebut..jangan ditanya kenapa hanya 1 baju dan 1 saiz je untuk satu design..tanya la mana2 designer pun..takde nya diorang nak buat banyak2..huhu..kalau dah saiz badan tu lain dari yang lain..awaa boleh pilih untuk custom pula..tak gitteww



kami faham tak semua orang mampu untuk custom tapi tak semua juga suka nak cari yang sewaan.. masing2 ada pilihan sendiri..jadi kami beri awaa pilihan juga untuk sewa atau pun nak custom..
Jadi kepada yang dah lama tertunggu dan tertanya2 bila kami nak buat baju ni untuk sewaan..haaa apa tunggu lagi? dah bukak pun tapi dalam tempoh masa yang terhad sahaja..

PROMO AKAN TAMAT PADA 31/7/2017 !!

so please be alert dengan setiap promo yang kami war2 kan..bukan apa..biasanya akan ada yang tanya bila promo dah tamat..so to be fair untuk yang lain juga kami kena ikut rules yang dah ditetapkan..

Orang yang berkehendak selalunya tindakan yang dibuatnya juga luar biasa..kalau tak takkan ada yang sanggup turun dari jauh semata2 untuk buat tempahan dengan kami..kalau orang dari langkawi boleh turun..dari penang boleh turun..dari singapore pun boleh datang..dari sabah sarawak pun boleh turun..apa la sangat kalau duduk dekat area lembah klang kann..🙄 
Uppsss terlajak cakap pulak.. cam ne nak undur balik ni.. keypad backspace ilang la.. 😆

Ok la..tak mau la bebel panjang2..ntah kan ada yang nak baca ke tidak..huhu 

ADIOS 






Saturday, 8 July 2017

4 SEBAB KENAPA PERLU BUAT TEMPAHAN AWAL

Belum terlambat lagi untuk kami ucapkan SELAMAT HARI RAYA kepada semua yang singgah di blog ini..Raya kan sebulan ☺

Harini rasa nak share lagi PERKARA PENTING kenapa awaa perlu buat tempahan awal..bukan apa dah cakap banyak kali pun orang tak alert..so apa kata kita cakap setiap hari 😁😁

So jom kita semak semula

1- BUAT AWAL SUPAYA TAK KELAM KABUT

Kita bukan tau apa yang akan jadi di masa depan..jangan la terlampau yakin semua yang awaa rancang akan berjalan selancar air di sungai atau setenang air di kolam.. awak kena ingat sungai pun ada liku2 nya..tup2 terjumpa batu besar macam mana nak elak..tetiba pulak tersangkut kat tepi akar kayu..siapa tahu..faham ke tak perumpamaan ni? Buat awal tu tak merugikan awaa pun..at the end benda tu jugak yang awaa nak buat..so kenapa pilih melewatkan jika boleh diawalkan?? Pelik la awaa ni..huhu

2- RASA LEBIH TENANG

Banyak masa dari segi apa? Haa.. bila salah satu part penting dalam majlis dah selesai..terutama apa yang kita nak pakai hari majlis nanti..awaa akan ada juga masa untuk buat persiapan lain yang hanya akan dilakukan di minggu2 terakhir sebelum majlis..kena pulak kalau yang nak kena balik jauh untuk kenduri..apa kata jadikan perjalanan awaa tu tenang tanpa perlu risau baju untuk hari majlis masih belum siap..terpaksa kirim pula dekat kawan2 untuk tolong ambilkan bagi pihak awaa..uiii tak surprise lah..

3- ADA MASA UNTUK SURVEY

Kenapa nak kena survey? survey la dulu dek oii..buka sikit minda tu untuk belajar serba sedikit selok belok tempahan ni..jangan main tangkap muat je..kang awaa juga yang menyesal kemudian hari..kami dah banyak kali cakap pasal ni..nak buat apa2 kita terlebih dahulu kena ada ilmu tentang perkara tu..bukan apa..untuk mengelakkan awaa ditipu..suka ke kena tipu?? tak kan..jadi cari masa lebih awal untuk survey material..survey harganya..survey tailor yang sesuai..kos untuk tailoring..kahwin bukan pakai sikit duit bakk hanggg..

4- ADA MASA YANG CUKUP UNTUK SESI FITTING 

Jangan cakap fitting ni tak penting..kalau dah tau baju siap..1st mesti excited nak datang fitting..tak gitteww..kalau tak..tak kan la ada yang mesej berulang kali tanya baju dah siap ke belum..ada juga yang tanya kut boleh nak fitting lebih awal..haa itu tandanya apa..mesti baju ni salah satu part penting dalam majlis awaa kan..so jangan la ambil mudah dengan nak buat lambat2..pening kepala kami dek nonn kalau awaa asyik nak suruh alter sana sini dengan masa yang tak berapa nak cukup..kalau awaa tu boleh je senyum tak buat muka cuka senang la hati kami nak layan..ni kena yang muka ketat..bahasa pulak semanis hempedu..sakit lutut kami nak layan..🙄🙄


Dah faham tak..kenapa dan mengapa perlu buat awal? yang mudah nya nanti awaa juga..kerja kami juga jadi mudah..takde la asyik kena jawab soalan dah siap ke belum..kami bukan jahit baju awaa je..orang lain pun bayar juga..jadi awaa mudah kan kerja kami..kami mudahkan kerja awaa..adil kan..

Sekian..ADIOS