Mahu bantu lebih ramai bakal pengantin untuk memiliki baju idaman masing2..
Lumrah nya..kita ni bila nak cari sesuatu benda..atau nak buat sesuatu perkara mesti nak tahu harga dulu..boleh dikatakan hampir 90% daripada pertanyaan yang kami terima mesti akan tanya harga terlebih dahulu..dengan ayat "saya survey dulu".. isu ni tak jadi masalah sebenarnya..yang jadi masalah bila kami cerita pasal harga dulu..mood customer ni mungkin akan terganggu..tambahan pulak kalau kos nya melebihi jangkaan..sedangkan customer ni tak tahu kenapa dan mengapa kos untuk penghasilan sesuatu baju ada harga tertentu..sebab tu kami akan mula kan dengan pertanyaan yang basic..kalau terus bagitau harga memang pendek je la perbualannya..
Kami yakin ramai bakal pengantin kat luar sana yang excited nak cari fabrik sendiri..kemudian masuk step ke2 untuk jadikan baju..mula la timbul masalah..sebab waktu ini baru nak cari tailor dan bila tunjuk design yang diminati..kain pulak tak cukup..sangat ramai yang ada dalam situasi ini..mungkin awaa yang sedang baca artikel ni pun alami perkara yang sama.. huhu..
Jangan risau..bukan nya kain tu tak boleh jadi baju..kena pandai olah je..
So..sebab itu lah kami jemput awaa untuk datang ke butik..kalau sekadar bertanya dalam talian..banyak perkara yang tak dapat dijelaskan..dan kebanyakan nya mungkin tak faham pun term yang kami gunakan..kadang2 design yang ditanya tu dari designer..yang heavy detailing..awaa mungkin tak nampak apa yang kami nampak.. tugas kami di sini bukan untuk menyusahkan..tapi kami nak bantu awaa untuk pilih design yang sesuai mengikut apa yang awaa dah beli..konsep nya mudah..gunakan apa yang dah ada ditangan..kemudian tambah jika perlu sahaja..sebab kami faham tak semua orang berada dalam kategori takde masalah bajet..sesetengah nya struggle nak buat persiapan..jika awaa tak de masalah dari segi bajet, bab harga ni akan jatuh bab 2 atau 3..yang penting baju tu jadi cantik dulu..betul tak..
Yang best nya pulak..kami bukan sekadar bantu secara PERCUMA..tapi TIADA PAKSAAN untuk tempahan juga..awaa bebas untuk memilih tailor yang awaa suka.. Jika nak tempah terus dengan kami pun tak de masalah.. Rezeki masing2.. :)
Jadi..nak seribu daya..tak nak seribu dalih..tepuk dada tanya selera..
selera awaa tu biasa2 atau luar biasa..
dan jangan lupa tanya poket sekali..
sebab selera dengan poket kena selari..
baru la senang hati..
sekian coretan hari ini..
ADIOS