Skop tempahan ni sangat2 subjektif..ia bukan macam baju ready made yang memang dah ada harga tertera dibaju..custom made pula ada banyak faktor yang akan menyebabkan harga penghasilan nya berbeza2 walaupun design nya sama..sebab tu penerangan nya akan ambil masa dan jangan terkejut pula kalau harga nya agak berbeza dari ready made..
Pelik sangat rasanya kalau ada yang hairan kenapa harga RTW dan custom made tak sama..
apa yang awaa jangkakan?
apa kah kos beli kain banyak dengan sedikit ada persamaan?
Adakah tailor pukal dengan specialist tailor ada persamaan? yang sama dekat mesin jahit nya saja tau ..hehe
Adakah kos jahit baju pukal dan sehelai ada persamaan? Cuba cari kalau jumpa
Antara 5 soalan yang biasa kami terima
1) Emas Pesona ada ambil tempahan jahitan tak?
Ye..mestilah ada, kadang2 ada yang tak baca profil dulu sebelum tanya soalan..mungkin 1st time dengar nama kami..nampak gambar dan terus tanya..dan ada juga yang tanya kami buat ready made ke tak..untuk pencerahan..KAMI HANYA MENERIMA TEMPAHAN SAHAJA DAN TIADA READY STOCK..
Kalau boleh soalan nya kena lebih spesifik..mungkin awaa boleh sertakan gambar juga sebab kami bukan hanya buat satu design sahaja..macam mana kami nak tahu baju apa yang awaa nak buat kalau tak diberi klu walaupun sedikit..jadi setiap pertanyaan tu kena jelas dan tidak terlalu random..faham kan..😉
3) Baju tu berapa ye? (biasanya customer macam ni dia tunjuk baju dan terus tanya soalan ni)
Kalau dapat soalan yang macam ni..biasanya kami akan tanya dulu nama dan majlis yang nak di hadiri..bukan apa..kadang2 tunjuk design yang agak heavy tapi nak pakai pergi majlis kenduri je..ada jugak yang nak pakai bertunang..kalau design heavy harga pun biasanya heavy jugak..bila dah dengar harga mau terkejut..😅..
4) Harga tu termasuk shawl dengan veil / sampin tak ?
Mula tadi awaa tanya harga baju je..kami pun beri harga baju saja..tiba2 awaa tanya pula harga tu termasuk dengan aksesori ke tak atau termasuk dengan baju lelaki tak..kami ni lurus..apa yang awaa tanya itu yang kami jawab..melainkan kalau kami bagitau..
5) Berapa harga baju nikah paling murah?
Kalau boleh elakkan dari tanya soalan macam ni..sebab tak semua penjual suka dengan perkataan 'MURAH' dan bila awaa sebut nak yang paling murah..kami juga dah boleh agak apa yang awaa nak cari dan awaa dalam kategori orang yang macam mana..
So apa kata cuba ubah sikit cara pertanyaan tu..mungkin awaa boleh tanya "ada promosi utk tempahan tak?"..kan lebih manis bunyi nya.. ☺
6) PM
ini yang kadang2 kami tak faham..awaa faham ke tak dengan singkatan PM/DM tu? maksudnya PRIVATE MESSAGE / DIRECT MESSAGE ..so kalau dah wasap kami kenapa nak taip PM lagi? tanya je la terus soalan nya ..pening arr 😂
Kesimpulannya..apa jua soalan ada jawapannya..cuma kalau nak terlalu detail tu apa kata awaa datang je terus ke butik..kan lagi senang kami nak explain..lagi banyak yang awaa boleh tengok dan mengurangkan risiko salah faham tentang tempahan..bukannya kena paksa tempah pun..jangan nanti dah tersalah beli..baju dah rosak..baju kena alter..baru nak datang balik cari kami..siapa yang rugi..awaa juga..jadi sebelum buat sesuatu fikirkan dulu apa kesan nya..
lain la kalau awaa tu stalker je.. siapa makan cili dia rasa pedas yek..😁😁