Saturday, 24 February 2018

APA ITU "HIDDEN COST"?

Kami selalu fikirkan isu yang satu ni..
bukan isu baru..tapi apa yang kami perasan isu ini jarang customer nak persoalkan..
tak perasan atau awaa fikir..alaa biar la..asal kan puas hati..

Jom kita kupas sikit isu ni..
Hidden cost ni memang kebanyakan orang tak perasan..mungkin tengah teruja nak buat persediaan..
dan mungkin takde masa nak fikir benda2 yang nampak macam "remeh" ni..Tapi sedar tak hidden cost ni sebenarnya yang banyak menghantui kita..

kami bagi contoh mudah..awaa dah rancang nak buat majlis nikah bulan 8 nanti..
So bulan pertama awaa nak "survey"dulu wedding planner untuk deko, catering..pastu awaa nak survey dulu barang2 untuk goodies..pastu baju kahwin..habis survey..then belum buat keputusan lagi nak pilih yang mana..sambung lagi survey..dari satu butik ke satu butik..dari satu kedai ke satu kedai..demi nak cari yang terbaik dan harga yang berpatutan barangkali..

Masuk bulan ke2..dah ada la sikit shortlisted.. tapi still cari dan cari.. ada yang survey melalui ig..pastu tak puas hati..pergi pulak ke kedai atau butik terus..kadang2 tu ada yang suka bawa family..ada juga yang suka dengan kawan..sekali keluar singgah makan je dah berapa kali..ye la..penat jalan..lapar kut..hehe..jarang lagi kita dengar orang pergi survey barang siap bawak bekal nasi..macam nak pergi berkelah pulak yek😁..Tu belum lagi kisah isi minyak kereta..kena pulak duduk shah alam..nak survey kedai kat KL sampai ke nilai.. uisshhh..rajin nya awaa..

Jadi selepas kisah contoh di atas ni..
ada tak yang rasa pernah buat ?..
Kami perhati kan ada sesetengah orang buat nota belanjawan untuk majlis perkahwinan mereka..itu memang cara yang sangat baik untuk mengelakkan kisah "out of budget"..

TAPI berapa ramai pulak yang pernah kira HIDDEN COST seperti contoh di atas tadi?
Kos minyak kereta..
Kos makan minum..kali la dengan berapa orang yang awaa bayarkan..ni selalunya kalau keluar dengan family..😉
Kos terbeli barang2 yang tak berkaitan..
Dan yang paling orang tak perasan ialah..MASA yang dah digunakan..mungkin ada yang rasa masa tu tak penting..sebab percuma? mana ada percuma..masa kalau dah berlalu tak boleh nak ulang dah.. duit kalau habis boleh cari..betul tak...huhu

Harap dengan kisah ringkas yang kami kongsikan ini..boleh dijadikan sedikit panduan untuk awaa di luar sana..bukan tak bagus survey lama2..tapi fikirkan juga segala kos yang awaa perlu tanggung sepanjang proses survey tu...banyak ke tak..minyak pun tak menentu harga nya..naik nya banyak kali..turun nya sikit je..jadi kalau dah dapat yang meyakin kan..review pun bagus..rasanya tak perlu nak survey lama2..terus je grab...ni bukan apa..kadang2 bila lama sangat survey..
pilihan nya makin banyak..pening pun makin bertambah..sekali dah dekat majlis..banyak rupanya benda yang tak settle lagi..gara2 terlampau survey..😁

So awaa yang tentukan HIDDEN COST nya berada di level berapa..
Nanti jangan sampai hidden cost lagi tinggi dari real cost sudah le... 😅


ADIOS..