Saturday 31 March 2018

MAHU..TAPI MAMPU KAH?

Harini hari terakhir di bulan Mac 2018.. sekejap saja masa berjalan..dah habis suku tahun..
Apa yang dah kita buat sepanjang 3 bulan pertama ni??..
Kalau untuk orang berniaga seperti kami ni..business plan kami perlu berjalan at least setengah tahun kehadapan..paling cantik kalau dah ada plan untuk setahun...

Untuk bakal2 pengantin2 pulak.. apa yang awaa semua dah plan bila tarikh majlis dah ditetapkan??
Akhir2 ni memang kami suka untuk sentiasa sebut tentang perancangan..banyak perkara yang akan berjalan dengan lancar kalau perancangan nya betul..sebab harus diingat kita bukan la superman mahupun doremon..yang boleh hasilkan magic2 yang tak masuk akal..
Jadi kembali la ke alam nyata..

Kami percaya setiap orang mahukan majlis yang boleh dikenang sehingga ke akhir hayat..
besar atau kecil bajet nya bukan kayu pengukur untuk dapatkan majlis yang sempurna..yang penting apa yang kita ada itu yang kita buat..Kadang2 kita terlalu terikat dengan impian sehingga kita terlupa mana yang wajib..mana yang harus..mana yang sunat..mana yang haram..
Wajib untuk kita war2 kan pernikahan untuk tidak menimbulkan fitnah..tapi terbalik pula hukum nya jika niat kita buat majlis untuk menunjuk nunjuk..nak tunjuk aku lebih mampu dalam segala hal..nauzubillahiminzalik..

Dalam isu tempahan baju pengantin..kami sama sekali tidak akan memaksa bakal pengantin untuk buat lebih dari kemampuan..cuma ada kalanya ramai juga bakal2 pengantin yang tidak mengukur kemampuan sendiri..bila diterangkan satu persatu pun masih lagi berdegil dengan apa yang dia mahu..tak salah untuk ada kemahuan jika ada kemampuan..tetapi akan ada masalah besar sekiranya kemahuan melebihi kemampuan..

Jadi nampak tak penting nya ada perancangan?..
Bila awaa dah nampak road map yang jelas..insyaaAllah kemahuan dan kemampuan akan jadi seiring..
Awaa dah ada target untuk dicapai..tinggal nak jalan kan tindakan saja..contoh nya boleh start buat simpanan untuk perkahwinan..secara tak lansung awaa dan rancang kewangan juga..nampak tak manfaat nya disitu?..Bukan kah awaa akan rasa lebih gembira bila apa yang diimpikan tercapai..

Jangan salahkan peniaga jika apa yang ditawarkan tidak menepati piawaian bajet awaa..awaa ada pilihan untuk kata ya atau tak..dan jangan pula dikata kan peniaga tu letak mahal sebab nak cepat kaya..awaa tak berada di tempat dia untuk uruskan perniagaannya..mungkin kalau awaa berada di tempat nya lebih mahal dari itu awaa akan letakkan nilai servisnya..siapa tahu..jadi hati2 dengan setiap ayat yang dituturkan..mungkin satu hari di takdirkan Allah beri awaa peluang untuk berniaga..ini juga yang awaa akan rasa..😉

Kami di sini hanya untuk membantu selesaikan setiap masalah yang awaa hadapi berkaitan dengan tempahan..sebanyak mana pengalaman yang kami ada sebanyak itu juga lah ilmu yang kami sampaikan kepada setiap pelanggan yang datang..mampu atau tak je awaa nak terima apa yang kami kongsikan..apa gunanya ada ilmu kalau tak share dengan lebih ramai orang..kalau sekarang rasa tak penting mungkin satu hari nanti awaa akan nampak kepentingannya.. 😊


ADIOS