Thursday 12 March 2020

SOPAN DAN NAMPAK CLASS! 6 TIPS MUDAH UNTUK PENGANTIN BERHIJAB

Setiap pengantin pasti inginkan penampilan mereka tampak sempurna dihari bahagia. Salah satu perkara penting untuk sempurna kan gaya anda sudah semestinya pemilihan tudung.

Anda perlu memilih fabrik dan gaya yang bersesuaian untuk memastikan anda nampak elegan dan ada class tersendiri walaupun tampil berhijab

Kami kongsikan di sini 6 Tips mudah untuk panduan Anda di luar sana.



 1. STAIL TUDUNG

Tudung yang dipakai perlu menutupi dada untuk nampak lebih sopan dan menjaga aurat. Elakkan memilih Fabrik yang jarang supaya tidak menampak kan bentuk leher dan telinga.




2. PEMILIHAN WARNA

Pemilihan warna juga memainkan peranan penting. Pastikan warna busana yang dipilih sesuai dengan tona kulit anda dan pemilihan tudung juga dari rona warna yang sama. Jangan pilih warna yang kontra untuk tudung kerana ia akan menghilang kan "look" eksklusif anda





3. ANAK TUDUNG

Pemilihan anak tudung yang tepat juga penting untuk keselesaan anda. Pilih anak tudung yang sesuai dan boleh memberi kemasan sempurna untuk tudung anda. Ini kerana sudah pasti anda akan banyak bergerak dan jangkamasa sesuatu majlis yang panjang akan buatkan anda rasa tidak selesa jika tersalah pilih.



4. PILIHAN FABRIK YANG TEPAT

Pastikan anda memilih fabrik yang bersifat ringan dan mudah dibentuk. Jangan pilih fabrik yang berkilat atau tebal kerana ia akan menyebabkan anda rasa panas. Contoh fabrik yang sering dipilih adalah sifon.



5. PERINCIAN RINGKAS

Seelok nya tidak perlu perincian yang sarat untuk tudung yang nak digayakan. Anda boleh memilih tudung yang polos dan anda boleh memilih aksesori lain seperti veil dan crown untuk melengkapkan penampilan



6. KESESUAIAN TUDUNG DENGAN BENTUK MUKA

Anda perlu memilih gaya tudung yang bersesuaian dengan bentuk muka. Contoh jika anda memiliki wajah yang berbentuk bulat, anda perlu memilih gaya tudung dan digabungkan dengan awning untuk memberi ilusi panjang pada wajah. atau anda juga boleh menggayakan tudung design bawal.






Sumber Rujukan : Pesona Pengantin