Saturday, 27 May 2017

BERSEDIA UNTUK KAHWIN ATAU BERSEDIA UNTUK KECEWA ?

Selamat berpuasa kami ucapkan untuk semua umat islam ..

Rasa sekejap sangat masa berlalu sekarang ni..hari ni 1st day puasa..sedar tak sedar nanti dah masuk minggu terakhir..ada masanya rasa macam tak sempat nak buat semua perkara yang kita nak buat..
TAPI puasa ni bukan isu nya sebab dah memang wajib..termaktub dalam rukun islam..yang jadi isunya sekarang ni

BERAPA RAMAI YANG DAH BUAT PERSEDIAAN UNTUK KAHWIN??

Persediaan dari segi apa? kan dah pergi kursus kahwin..dah amik ujian HIV..
dah isi borang kahwin..

ITU JE KE??

Berapa ramai yang buat persediaan sebelum dan selepas mendirikan rumahtangga??

Persediaan SEBELUM  ni rasanya ramai yang tahu dan paling excited nak buat..

1 - Kenduri kendara
2 - Pelamin dan andaman
3 - Hantaran
4 - Kad kahwin
5 - Goodies
6 - Tempahan Baju
7 - Henna
8 - Spa
9 - dan lain2

Tapi sebenarnya berapa ramai pula yang sangat BERSEDIA dengan persediaan SELEPAS majlis ?

Seluruh hidup awaa akan berubah selepas kahwin..dari rutin seorang dah jadi berdua..kalau sebelum ni dah biasa bangun lewat contoh nya..sarapan pun dah jadi lunch..tapi kalau dah berdua..mungkin pasangan awaa dah biasa sarapan awal..kalau sebelum kahwin biasa baju pun tak lipat..dah kering masuk bakul..nak pakai je baru gosok..dah kahwin ni mungkin pasangan awaa tak biasa..dalam erti kata lain..dia dah biasa tengok benda yang tersusun dan berlipat kemas..so benda2 macam ni lah yang ada masanya kita terlepas pandang..disebabkan dah terbiasa dengan rutin harian tu berbelas atau berpuluh tahun..

Point nya di sini..Jangan kata awaa dah kenal sepenuhnya pasangan awaa selagi awaa belum duduk serumah dan lalui setiap hari bersama nya..ini cabaran dari segi mental di awal2 perkahwinan..bukan tak serasi..tapi ini lah masanya awaa belajar kenal pasangan dan belajar untuk perbaiki diri dan belajar juga untuk menerima kelebihan dan kekurangan pasangan masing2..Jadi tak kan pernah ada istilah berhenti belajar walaupun tak masuk U..sebab proses pembelajaran ada setiap hari dalam hidup kita..

Ok..kami bukan pakar kaunseling rumahtangga.. 😁
hanya secebis pandangan dan selebihnya awaa juga yang akan mencorakkan rumahtangga yang dah dibina..Mudahan yang baik2 je untuk awaa dan pasangan..ambil rujukan yang baik2 jangan dengar yang sebaliknya..sebab kadang2 orang mudah terima yang negatif dulu berbanding yang positif..so pilihan di tangan awaa..baik yang awaa fikir..baik la yang awaa dapat..buruk awaa fikir..buruk juga la yang awaa dapat..

Faham ke faham??

ADIOS





Saturday, 20 May 2017

KAU NAK KAHWIN KAU YANG PANAS !!

Apa yang PANAS tu ??

Ye..banyak isu panas yang berkait rapat dengan bakal pengantin ni..
dan bukan korang saja yang akan panas..tapi kami juga dapat tempias PANAS tu..

Minggu ni bermula la KEMPEN KESEDARAN UNTUK BAKAL PENGANTIN ..
Bukan untuk mencari salah pengantin..bukan nak cakap diorang ni tak bijak..tapi mungkin dalam ayat baiknya ..mereka mungkin tak de masa nak mengkaji..mungkin sibuk dengan kerja harian..jadi masa tu terhad walaupun boleh buat "new post" setiap hari di IG atau FB..πŸ™„

Kisah nya bermula bila kami asyik terima customer yang datang ke butik dengan design yang berkepuk dengan harapan kain 2 meter lace dan 4 meter satin yang dibawa tu cukup untuk dijadikan design IMPIAN..seorang datang kami bantu..seorang lagi datang kami bantu..datang lagi..dan lagi..dan lagi..akhirnya kami pun hairan..

πŸ’₯DAH KENAPA DIORANG NI BELI KAIN MAIN HENTAM KEROMO JE??
πŸ’₯KENAPA TAK TANYA DULU ORANG YANG TAHU BARU BELI??
πŸ’₯DAH TAK TAHU..KENAPA NAK PERGI BELI SENDIRI??

Akhirnya soalan yang kami fikirkan tu..kami jawab sendiri..πŸ˜‚

πŸ’’AGAKNYA TAK DE ORANG NAK BANTU..
πŸ’’AGAKNYA TAK DE ORANG TERDEKAT YANG BOLEH DIA TANYA..
πŸ’’AGAKNYA DIA MINAT MATERIAL TU..
πŸ’’NAK PERGI CARI DESIGNER MUNGKIN BAJET TAK SESUAI..

Haa..nampak tak berapa banyak andaian kami..

Mula2 rasa stress jugak..kenapa ramai nya orang yang tak buat persediaan awal sebelum ambil keputusan nak beli fabrik yang diorang tak arif lansung?..but end up rasa kesian pulak yang timbul..

Ya Allah rasa BERDOSA pulak kalau kami yang tahu ni tak SHARE apa yang kami tahu..at least mengurangkan risiko mereka yang tak tahu ni buat kesilapan..Kadang2 bila terserempak dengan pasangan yang tengah cari kain kat JAKEL tu..ringan je mulut ni nak bercerita itu ini..tapi takut orang kata kita ni bz body pulak kan..

So dari situ lah terhasilnya idea untuk buat inhouse design..dan wujudlah KEMPEN TERBARU..
"KAU NAK KAHWIN KAU YANG PANAS" 

Korang dapat TEMPAH baju tanpa "PENAT"..Bukan setakat dapat buat baju idaman dengan kos yang sangat berpatutan..TAPIIII
Kami juga nak beri Hadiah PERCUMA dengan setiap tempahan DESIGN2 TERBARU kami..

Dah ramai yang tersenyum..dah ramai yang bahagia..dah ramai yang lega..dan dah ramai juga yang berterima kasih dengan apa yang mereka dapat..nak tengok TESTIMONI ???

JOM KLIK LINK INI πŸ‘‰https://www.instagram.com/emaspesonawedding/

JADI anda juga boleh jadi seperti mereka..
Kerana kami juga pernah berada di tempat anda..πŸ˜‰


ADIOS





Wednesday, 10 May 2017

6 PERBEZAAN READY MADE & CUSTOM MADE

6 PERBEZAAN READY MADE & CUSTOM MADE 

Jom kita tengok sikit apa perbezaan antara kedua2 nya..

READY MADE

Ertinya baju yang dah tersedia..boleh terus beli

1. Saiz nya mengikut carta.. contoh saiz XS - XXXL
2. Pilihan warna yang limited ..contohnya maksima 10 pilihan warna untuk 1 design
3. Boleh dibeli dengan harga yang lebih murah..terutama time CLEARANCE SALE
4. Digunting dan dijahit secara pukal
5. Tiada pilihan untuk memilih jenis fabrik yang disukai
6. Nak cari baju last minute? Ready made yang paling sesuai


CUSTOM MADE

Baju yang perlu ditempah..akan ambil masa beberapa hari atau beberapa minggu untuk disiapkan..

1. Dibuat mengikut ukuran badan sendiri..
2. Boleh pilih warna kegemaran..
3. Harga lebih tinggi berbanding ready made..tiada penurunan harga dan tiada istilah clearance sale..kecuali ada musim promosi..
4. Digunting dan dijahit satu persatu..
5. Ada pilihan untuk menentukan jenis fabrik yang nak digunakan untuk sesuatu design..
6. Jangan berangan nak buat last minute..kecuali mampu untuk bayar lebih..

Harap awaa semua jelas dengan setiap perbezaan di atas..bukan apa..ramai jugak yang datang last minute untuk custom made dan tak nak beli yang ready made..
hari ni datang..nak pakai nya lagi 7 hari atau kurang..isu nya bukan masalah tempahan tak boleh siap..tapi tempoh masa yang ada tu juga kami nak gunakan untuk cari fabrik..hantar ke tailor..tu belum cerita nak potong que orang lain lagi..melainkan kalau awaa boleh sediakan semua fabrik yang diperlukan..tak banyak ragam atau pun ada sindrom OCD..πŸ˜…

Tapi kami percaya dengan satu perkara..bila kita
mudahkan urusan orang lain..InsyaAllah urusan kita juga dipermudahkan..