Saturday, 27 May 2017

BERSEDIA UNTUK KAHWIN ATAU BERSEDIA UNTUK KECEWA ?

Selamat berpuasa kami ucapkan untuk semua umat islam ..

Rasa sekejap sangat masa berlalu sekarang ni..hari ni 1st day puasa..sedar tak sedar nanti dah masuk minggu terakhir..ada masanya rasa macam tak sempat nak buat semua perkara yang kita nak buat..
TAPI puasa ni bukan isu nya sebab dah memang wajib..termaktub dalam rukun islam..yang jadi isunya sekarang ni

BERAPA RAMAI YANG DAH BUAT PERSEDIAAN UNTUK KAHWIN??

Persediaan dari segi apa? kan dah pergi kursus kahwin..dah amik ujian HIV..
dah isi borang kahwin..

ITU JE KE??

Berapa ramai yang buat persediaan sebelum dan selepas mendirikan rumahtangga??

Persediaan SEBELUM  ni rasanya ramai yang tahu dan paling excited nak buat..

1 - Kenduri kendara
2 - Pelamin dan andaman
3 - Hantaran
4 - Kad kahwin
5 - Goodies
6 - Tempahan Baju
7 - Henna
8 - Spa
9 - dan lain2

Tapi sebenarnya berapa ramai pula yang sangat BERSEDIA dengan persediaan SELEPAS majlis ?

Seluruh hidup awaa akan berubah selepas kahwin..dari rutin seorang dah jadi berdua..kalau sebelum ni dah biasa bangun lewat contoh nya..sarapan pun dah jadi lunch..tapi kalau dah berdua..mungkin pasangan awaa dah biasa sarapan awal..kalau sebelum kahwin biasa baju pun tak lipat..dah kering masuk bakul..nak pakai je baru gosok..dah kahwin ni mungkin pasangan awaa tak biasa..dalam erti kata lain..dia dah biasa tengok benda yang tersusun dan berlipat kemas..so benda2 macam ni lah yang ada masanya kita terlepas pandang..disebabkan dah terbiasa dengan rutin harian tu berbelas atau berpuluh tahun..

Point nya di sini..Jangan kata awaa dah kenal sepenuhnya pasangan awaa selagi awaa belum duduk serumah dan lalui setiap hari bersama nya..ini cabaran dari segi mental di awal2 perkahwinan..bukan tak serasi..tapi ini lah masanya awaa belajar kenal pasangan dan belajar untuk perbaiki diri dan belajar juga untuk menerima kelebihan dan kekurangan pasangan masing2..Jadi tak kan pernah ada istilah berhenti belajar walaupun tak masuk U..sebab proses pembelajaran ada setiap hari dalam hidup kita..

Ok..kami bukan pakar kaunseling rumahtangga.. 😁
hanya secebis pandangan dan selebihnya awaa juga yang akan mencorakkan rumahtangga yang dah dibina..Mudahan yang baik2 je untuk awaa dan pasangan..ambil rujukan yang baik2 jangan dengar yang sebaliknya..sebab kadang2 orang mudah terima yang negatif dulu berbanding yang positif..so pilihan di tangan awaa..baik yang awaa fikir..baik la yang awaa dapat..buruk awaa fikir..buruk juga la yang awaa dapat..

Faham ke faham??

ADIOS





No comments:

Post a Comment