Friday 25 August 2017

DESIGN vs CUSTOMER

Design baru keluar lagi.. Kali ini masih mengekalkan penggunaan material chiffon, satin, lace, bridal net dan lain2..dah nama pun baju pengantin..mana boleh nak lari daripada material2 sebegini..
Kenapa kami selalu keluarkan design?
Sebab semakin banyak contoh yang kami ada..semakin banyak la pilihan yang awaa boleh buat..tak lah nanti awaa cakap.."ini je ke?" 😅

Disebab kan kerenah customer ni pelbagai..buat la banyak mana design sekali pun..dia tetap nak tunjuk design lain..walaupun kadang2 takde beza pun design kami dengan design yang dia tunjuk..so kami pun beranggapan..oo agaknya dia tak scroll kat ig atau fb kami..itu satu kisah yang dah jadi kebiasaan..

Bila tiba bab material pun sama jugak..walaupun kami dah sediakan inhouse design dengan material disediakan 100%.. masih ramai lagi yang akan datang dengan fabrik 2 meter lace & 4 meter satin..tak salah kan awaa pun..mungkin awaa tak tahu..dan takde orang yang nak share info..sebab kebanyakan yang datang mesti akan cakap "tak tau ada butik macam kami yang boleh provide dari A-Z" . 
So apa yang kami boleh bantu..kami akan beri suggestion design yang bersesuaian dengan fabrik yang awaa ada..benda dah beli..tak payah la membazir nak beli lagi yang lain..banyak lagi kos yang awaa nak keluarkan..

Ini semua pengalaman untuk persediaan perkahwinan..kami dulu pun pernah berada di tempat awaa..itu juga yang kami rasa..tak tahu nak rujuk dekat siapa..zaman sekarang ni banyak juga kemudahan..sebab semuanya dihujung jari..orang dah jarang tengok majalah..semuanya dah ada di instagram..facebook..pinterest..google search..jadi awaa boleh guna kan semua platform ini untuk dapatkan panduan..tugas kami pula bantu awaa semua untuk realisasikan setiap design yang awaa impikan..
Jika awaa suka dengan hasilnya..Alhamdulillah..berbaloi rasa penat lelah kami..terutama yang pilih dari inhouse design..proses untuk mencari fabrik tak semudah yang dijangka..ia mungkin makan masa yang singkat atau menjangkau hingga berjam2 dan berhari2..sebab kami pun macam awaa..pergi ke kedai kain untuk dapatkan material..kalau tak jumpa dekat display..masuk pula ke stor..apa yang kami buat kalau tak jumpa warna yang awaa ingin kan? kami hold sehingga minggu yang akan datang..pergi semula dan akan ulang proses yang sama..
kalau masih tak jumpa? ini masa nya kami perlu beri info kepada customer..tetapi ada sesetengah nya..jika material lain ada warna yang sama..material itu yang akan kami pilih walaupun harga nya LEBIH MAHAL dari material asal..bertuah la siapa yang dapat guna material lebih mahal dari yang dia order..sebab kami TAK KAN DOWNGRADE material..cuma bab ni kami agak serik sikit..dan mungkin tak kan ada dah kes upgrade material..tak tau pulak ada yang tak suka dapat material lagi elok..🙄

Ok lah..tak nak kenang balik kenangan yang tak best tu..kita move on..ramai lagi yang kami nak bantu..kalau dah ada fabrik..dun worry..jangan menyesal..kita buat apa yang boleh untuk jadikan fabrik tu outstanding..its not the end of the world..bukannya silap beli sampai tak boleh bernikah..so tak yah nak pressure bagai..lain la kalau esok nak majlis baju awaa tu tailor tak siap kan atau tersalah jahit sampai tak boleh nak sarung..ingat apa yang awaa cakap, buat dan doa..itu yang awaa akan dapat..so mintak la yang elok2..insyaAllah dapat la yang elok..Jangan prejudis atau nak kerek sangat..kita ni manusia je..hari ini kita buat tak elok kat orang..esok lusa mungkin kita pula yang terkena..clear kan..

ADIOS
😉





No comments:

Post a Comment