Sunday, 3 December 2017

PERLU ATAU TAK 'JURI JURI AWAM' ??

Minggu ni kami banyak sebut tentang isu yang satu ni..
penting sangat ke kisah juri2 awam ni ?? OF COURSE YES !
Sebab tak semua juri awam tak bagus dan tak semua juga membantu..so ada cara untuk kenali juri awam yang bagus..dan ada juga cara untuk tepis komen yang lansung tak membina ni..senang citer semuanya tak betul la..kadang2 pelik juga..yang bayar nya siapa?..yang nak kahwin nya siapa? tapi dia punya komen mengalahkan juri profesional..tak tahu hujung pangkal tiba2 nak komen macam2..apakes?

Ini fakta2 yang kita akan cuba huraikan sekali lagi selepas LIVE di instagram..siapa juri2 tadi?
mungkin ahli keluarga sendiri..kawan rapat atau saudara mara..tapi siapa pun yang awaa bawa pastikan mereka ini bantu awaa dan bukan nya mencari kesilapan..sebab awaa dalam proses nak selesaikan masalah..tak kisah la dalam pemilihan design..atau dalam apa2 isu sekalipun..isu nya nak selesaikan masalah awaa..dan bukannya masa nak dengar juri2 ni cakap itu salah ini tak betul..kalau ada orang macam ni yang nak ikut awaa..JANGAN BAWA !

ok Jom baca sket 3 TIPS kat bawah ni..

1- Bawa juri yang boleh membantu awaa dalam pemilihan dan boleh beri pendapat yang bernas..orang macam ni dia akan bantu awaa untuk cari apa yang sesuai dengan awaa..bukan yang sesuai dengan dirinya..

2- Jangan terlalu ramai..1 atau 2 orang pun dah cukup..sebab makin ramai yang jadi juri makin banyak pendapat yang awaa akan dengar..makin pening la awaa nak buat keputusan..elok2 boleh selesai awal..terus jadi berjam2..penat kan

3- Ada juga yang bawa family untuk survey baju pengantin dan ada masanya mungkin mak ayah yang akan bayar kos tempahan tadi..jadi secara automatik nya ahli keluarga sendiri yg akan jadi juri..pastikan mereka juga faham apa yang awaa nak walaupun mereka yang membayar supaya takkan ada isu lain dikemudian hari..

Bukan lah kehadiran mereka ni tak penting..tapi jika membantu tak jadi masalah..cuma ada masanya ramai yang suka jadi juri selepas semuanya dah selesai..dekat butik tak de masalah yang timbul pun..bila bawa balik..yang menunggu kat rumah tu semuanya nak tengok awaa..haaa waktu ni lah nanti akan banyak pendapat yang timbul..mungkin positif mungkin negatif..siapa tahu..
kalau positif alhamdulillah..kalau ada yang komen negatif..kat sini la tugas awaa untuk jelaskan semula apa yang awaa pilih..jangan biarkan kata2 dari juri tak bertauliah ni tadi buat kan awaa jadi goyang dan stress..sebab awaa juga ada pilihan untuk buat banyak perkara dan awaa buat apa yang awaa suka..

Siapa mereka untuk katakan NO pada apa yang awaa pilih?.. so just be yourself..confident dengan apa yang awaa pilih dan abaikan saja suara2 sumbang tu..jika mereka nak membantu mereka akan ada disamping awaa dari mula hingga akhir proses..dan bukannya hanya tahu nak kondem setelah semua nya selesai..juri yang positif dia akan buat awaa rasa happy dengan pilihan awaa..tambahan pulak kalau komen benda yang dah siap..sebab lain orang lain citarasa..

Awaa ada pengalaman dengan orang2 seperti ini??


❤❤❤❤❤❤❤

p/s : Ada banyak soalan?  JOM join kami LIVE di instagram @emaspesonawedding setiap hari Jumaat dan Sabtu pada pukul 9 malam..awaa tanya kami jawab 😊














No comments:

Post a Comment