Saturday, 31 March 2018

MAHU..TAPI MAMPU KAH?

Harini hari terakhir di bulan Mac 2018.. sekejap saja masa berjalan..dah habis suku tahun..
Apa yang dah kita buat sepanjang 3 bulan pertama ni??..
Kalau untuk orang berniaga seperti kami ni..business plan kami perlu berjalan at least setengah tahun kehadapan..paling cantik kalau dah ada plan untuk setahun...

Untuk bakal2 pengantin2 pulak.. apa yang awaa semua dah plan bila tarikh majlis dah ditetapkan??
Akhir2 ni memang kami suka untuk sentiasa sebut tentang perancangan..banyak perkara yang akan berjalan dengan lancar kalau perancangan nya betul..sebab harus diingat kita bukan la superman mahupun doremon..yang boleh hasilkan magic2 yang tak masuk akal..
Jadi kembali la ke alam nyata..

Kami percaya setiap orang mahukan majlis yang boleh dikenang sehingga ke akhir hayat..
besar atau kecil bajet nya bukan kayu pengukur untuk dapatkan majlis yang sempurna..yang penting apa yang kita ada itu yang kita buat..Kadang2 kita terlalu terikat dengan impian sehingga kita terlupa mana yang wajib..mana yang harus..mana yang sunat..mana yang haram..
Wajib untuk kita war2 kan pernikahan untuk tidak menimbulkan fitnah..tapi terbalik pula hukum nya jika niat kita buat majlis untuk menunjuk nunjuk..nak tunjuk aku lebih mampu dalam segala hal..nauzubillahiminzalik..

Dalam isu tempahan baju pengantin..kami sama sekali tidak akan memaksa bakal pengantin untuk buat lebih dari kemampuan..cuma ada kalanya ramai juga bakal2 pengantin yang tidak mengukur kemampuan sendiri..bila diterangkan satu persatu pun masih lagi berdegil dengan apa yang dia mahu..tak salah untuk ada kemahuan jika ada kemampuan..tetapi akan ada masalah besar sekiranya kemahuan melebihi kemampuan..

Jadi nampak tak penting nya ada perancangan?..
Bila awaa dah nampak road map yang jelas..insyaaAllah kemahuan dan kemampuan akan jadi seiring..
Awaa dah ada target untuk dicapai..tinggal nak jalan kan tindakan saja..contoh nya boleh start buat simpanan untuk perkahwinan..secara tak lansung awaa dan rancang kewangan juga..nampak tak manfaat nya disitu?..Bukan kah awaa akan rasa lebih gembira bila apa yang diimpikan tercapai..

Jangan salahkan peniaga jika apa yang ditawarkan tidak menepati piawaian bajet awaa..awaa ada pilihan untuk kata ya atau tak..dan jangan pula dikata kan peniaga tu letak mahal sebab nak cepat kaya..awaa tak berada di tempat dia untuk uruskan perniagaannya..mungkin kalau awaa berada di tempat nya lebih mahal dari itu awaa akan letakkan nilai servisnya..siapa tahu..jadi hati2 dengan setiap ayat yang dituturkan..mungkin satu hari di takdirkan Allah beri awaa peluang untuk berniaga..ini juga yang awaa akan rasa..😉

Kami di sini hanya untuk membantu selesaikan setiap masalah yang awaa hadapi berkaitan dengan tempahan..sebanyak mana pengalaman yang kami ada sebanyak itu juga lah ilmu yang kami sampaikan kepada setiap pelanggan yang datang..mampu atau tak je awaa nak terima apa yang kami kongsikan..apa gunanya ada ilmu kalau tak share dengan lebih ramai orang..kalau sekarang rasa tak penting mungkin satu hari nanti awaa akan nampak kepentingannya.. 😊


ADIOS








Saturday, 24 February 2018

APA ITU "HIDDEN COST"?

Kami selalu fikirkan isu yang satu ni..
bukan isu baru..tapi apa yang kami perasan isu ini jarang customer nak persoalkan..
tak perasan atau awaa fikir..alaa biar la..asal kan puas hati..

Jom kita kupas sikit isu ni..
Hidden cost ni memang kebanyakan orang tak perasan..mungkin tengah teruja nak buat persediaan..
dan mungkin takde masa nak fikir benda2 yang nampak macam "remeh" ni..Tapi sedar tak hidden cost ni sebenarnya yang banyak menghantui kita..

kami bagi contoh mudah..awaa dah rancang nak buat majlis nikah bulan 8 nanti..
So bulan pertama awaa nak "survey"dulu wedding planner untuk deko, catering..pastu awaa nak survey dulu barang2 untuk goodies..pastu baju kahwin..habis survey..then belum buat keputusan lagi nak pilih yang mana..sambung lagi survey..dari satu butik ke satu butik..dari satu kedai ke satu kedai..demi nak cari yang terbaik dan harga yang berpatutan barangkali..

Masuk bulan ke2..dah ada la sikit shortlisted.. tapi still cari dan cari.. ada yang survey melalui ig..pastu tak puas hati..pergi pulak ke kedai atau butik terus..kadang2 tu ada yang suka bawa family..ada juga yang suka dengan kawan..sekali keluar singgah makan je dah berapa kali..ye la..penat jalan..lapar kut..hehe..jarang lagi kita dengar orang pergi survey barang siap bawak bekal nasi..macam nak pergi berkelah pulak yek😁..Tu belum lagi kisah isi minyak kereta..kena pulak duduk shah alam..nak survey kedai kat KL sampai ke nilai.. uisshhh..rajin nya awaa..

Jadi selepas kisah contoh di atas ni..
ada tak yang rasa pernah buat ?..
Kami perhati kan ada sesetengah orang buat nota belanjawan untuk majlis perkahwinan mereka..itu memang cara yang sangat baik untuk mengelakkan kisah "out of budget"..

TAPI berapa ramai pulak yang pernah kira HIDDEN COST seperti contoh di atas tadi?
Kos minyak kereta..
Kos makan minum..kali la dengan berapa orang yang awaa bayarkan..ni selalunya kalau keluar dengan family..😉
Kos terbeli barang2 yang tak berkaitan..
Dan yang paling orang tak perasan ialah..MASA yang dah digunakan..mungkin ada yang rasa masa tu tak penting..sebab percuma? mana ada percuma..masa kalau dah berlalu tak boleh nak ulang dah.. duit kalau habis boleh cari..betul tak...huhu

Harap dengan kisah ringkas yang kami kongsikan ini..boleh dijadikan sedikit panduan untuk awaa di luar sana..bukan tak bagus survey lama2..tapi fikirkan juga segala kos yang awaa perlu tanggung sepanjang proses survey tu...banyak ke tak..minyak pun tak menentu harga nya..naik nya banyak kali..turun nya sikit je..jadi kalau dah dapat yang meyakin kan..review pun bagus..rasanya tak perlu nak survey lama2..terus je grab...ni bukan apa..kadang2 bila lama sangat survey..
pilihan nya makin banyak..pening pun makin bertambah..sekali dah dekat majlis..banyak rupanya benda yang tak settle lagi..gara2 terlampau survey..😁

So awaa yang tentukan HIDDEN COST nya berada di level berapa..
Nanti jangan sampai hidden cost lagi tinggi dari real cost sudah le... 😅


ADIOS..




Wednesday, 31 January 2018

WELCOME FEBRUARY 2018 !

Pejam celik dah nak masuk Februari 2018..macam baru lagi sambut tahun baru..
Kepada bakal2 pengantin kat luar sana..Macam mana pulak dengan persediaan awaa semua??
Dah bersedia dengan segala pencarian?
Dah bersedia dengan persediaan kewangan?
Dah bersedia untuk tempuh alam perkahwinan?
Macam soalan cepu mas pulak kan 😁

Tahniah untuk yang dah mulakan langkah awal untuk survey segala macam persediaan..sebab gagal merancang tu ibarat merancang untuk gagal..faham ke faham?
Harus diingat..bukan semua benda awaa boleh survey hanya dengan bertanya melalui online..
banyak yang memerlukan usaha awaa untuk bergerak dan tengok face to face..baru la puas hati..
Memang la zaman ni zaman teknologi..semua di hujung jari..tapi kadang2 teknologi juga menyebabkan kita makin malas.. betul ke betul?.. agaknya kalau nikah boleh kat online..mau la ramai yang buat macam tu..😏😆 ..upsss jangan maree na..

So..plan la dari awal untuk turun dan cari segala keperluan..kalau ada perancangan yang betul dari awal..makin mudah lah pencarian awaa..takde la membazir masa..jangan gunakan istilah tak de masa..tak de cuti..sebab kita ada ruang untuk buat perancangan awal..menyalahkan masa ibarat awaa menyalahkan kejadian Tuhan..haaa..
tapi kami yakin..awaa semua tak macam tu kan..😉

Apa lagi tunggu..lepas baca artikel ni..dah boleh mula bertindak..fast action fast result..
makin cepat awaa cari makin banyak pilihan dan awaa boleh pilih yang terbaik antara yang terbaik..
awaa juga ada masa untuk set belanjawan..sebab nak kahwin bukan pakai sikit duit ye.. dan kena ingat jugak ini bukan zaman barang makin turun harga..banyak kos yang dah meningkat..even nak kahwin pun hantaran makin naik..siap tanya member sebelah ko kawin hantaran berapa? dalam hati tu kalau boleh aku kawin nanti nak hantaran lagi tinggi..hahaha..ok yg tu gurau je 😁

Sekali lagi..tak semua benda boleh sekadar bertanya di online atau whatsapp..
SERVIS CUSTOMADE kami juga ada lah salah satu daripadanya..

KENAPA?..
(eeeee... leceh la butik ni..kita nak tanya harga pun tak boleh..bagitau je la..customer always right)

DATANG BUTIK DULU DAN AWAA AKAN TAHU KENAPA..

Ada yang suka persoalkan..
kenapa tak nak bagitau harga? nak tau anggaran je senang la nak buat bajet..ini la ayat2 yang biasa kami terima..tapi pernah tak awaa terfikir..hasil kerja orang tu macam mana..tak nak ke awaa cek dulu background seller tu macam mana..ini bukan macam pilih ikan kat pasar..ikan kat pasar tu pun ada banyak grade..nak yang mahal nak yang murah..nak yang fresh mahal la sket..nak yang murah pun ada tapi ikan biasa je la..pastu dapat pulak pakej ngan lebam sekali..perut pun dah pecah..
haaa..panjang pulak perumpamaan hari ni.. 😆 hahhaha paham2 kan sendiri ..sekian..

Adios







Thursday, 18 January 2018

4 SOALAN YANG TAK PATUT DITANYA MELALUI WHATSAPP

Lately ni kami terima banyak sangat whatsapp tanya tempahan baju pengantin..itu belum termasuk dari DM..tapi terus terang cakap..kami tak mampu nak layan semua pertanyaan memandangkan kami belum lagi ada department khas untuk customer service yang boleh handle semua pertanyaan..soalan yang ditanya tu pulak kadang2 panjang..makan masa dekat sejam layan seorang..dah tu kalau masuk pertanyaan nya berderet2..kejung jari dek nonn...hehe..doa kan la kami terus berkembang maju..supaya lebih banyak lagi manfaat yang kami boleh kongsikan dengan awaa semua..

Rasanya dalam post2 sebelum ni pun dah ada cerita pasal topik kali ni...bukan apa sebagai customer awaa patut lebih jelas dengan apa yang awaa nak tanya..jangan tanya soalan yang terlalu random..dah la tanya kut wasap je..kalau ada kat depan mata tu senang la jugak kami nak bantu..so jom kita semak balik apa yang tak sepatutnya awaa tanya berkaitan dengan tempahan baju pengantin ni..pastu mungkin awaa akan dapat idea soalan2 yang lebih sesuai untuk ditanyakan..tak lah nanti terkeluar soalan2 tuutttt lagi..haha


1- BOLEH SAYA TANYA HARGA TEMPAHAN BAJU ?

Bukan tak boleh nak tanya pasal harga..tapi kalau ini soalan pertama yang awaa bagi.. kepala tengah stress bertambah stress jadinya ..haha..kut ye pun nak tahu pasal harga baju..tanya la soalan yang spesifik sikit...baju apa yang awaa nak buat..untuk majlis apa..kami ni bukan buat 1 baju je..dan kami bukan layan awaa seorang je..kena ingat tu

2- BAJU APA YANG SESUAI DENGAN SAYA?

Sesungguhnya kami bukanlah ahli nujum..jumpa pun tak.. mana la kami tahu apa yang sesuai untuk awaa..sebab tu kalau nak tahu apa yang paling sesuai dan cocok dengan badan..rajin2 kan lah diri tu datang terus ke butik..banyak benda yang tak jelas boleh dijelaskan..

3- BOLEH TAK TUNJUK KAT SAYA CONTOH2 DESIGN?

Berkait rapat jugak dengan soalan ke 2 tadi..design kat butik tu ada banyak tau awaa..takkkkannn la kami nak hantar gambar satu persatu kat wasap tu..huhu..dah tu takkan semua design tu awaa minat kan..apa kata awaa scroll dulu gambar2 ada kat instagram kami tu..kalau tak berkenan jugak boleh la cari dari sumber2 lain..tapi makesure gambar design kena jelas..jangan la pulak hanya dari tepi..atau jauh sebatu bajunya..tang mana yang cantik nya kalau tak jelas??..musykil betul..

4- BOLEH SAYA TAHU BERAPA HARGA EMAS HARINI YE?

Haaa...ni yang paling2 tak boleh terima...hahahhaa
awaa dapat no wasap kami kat mana ye?.. kenapa la tak baca dulu detail profil baru tanya soalan..tak semestinya nama emas tu jual emas je tau..tak pe la kan..at least awaa tahu juga ada kedai emas yang tak jual emas..ye dak..huhu


Sebenarnya tak susah pun kalau nak bertanya apa yang kita nak..cuma kena rajin kan sket diri tu untuk cari dulu sedikit informasi tentang produk yang kita nak dapatkan..tak rugi pun..takde lah nanti orang cakap awaa ni malas membaca..semua benda nak disuap..jangan mareee naa

ADIOS






Saturday, 23 December 2017

WARNA 2018

2017 dah nak sampai ke penghujung..rasa2 dah tercapai ke belum impian sepanjang tahun ni?..
Kalau tanya kami..misi kami takkan pernah berakhir..setiap hari kami sentiasa berdepan dengan isu bakal2 pengantin dengan baju idaman masing2..lain orang lain ragam..lain orang lain citarasa..tapi tujuan nya tetap satu..nak mendirikan mahligai bahagia dengan yang tercinta..tak giteww

Biasanya bila dah sampai ke penghujung tahun ni..mesti ramai yang tertanya2 apa pulak trend untuk tahun hadapan dan apa pulak warna yang akan menjadi kegilaan ramai untuk 2018..hmmm.. trend warna memang akan berubah setiap tahun..ada yang akan teruja nak pilih warna2 baru dan ada yang  tak kisah pun warna apa..janji kahwin..dan ada juga yang terikat dengan pemilihan warna2 klasik pengantin..tapi pada kami..apa juga warna yang awaa pilih pastikan sesuai dengan ton kulit sendiri..jangan tengok warna tu cantik awaa pun ambil sebab tengah trend..tapi hakikatnya..bila awaa yang pakai mungkin akan nampak suram..atau menggelapkan kulit..nak kahwinnya kalau boleh sekali seumur hidup..jangan disebabkan tersalah pilih warna..rosak gambar yg nak dijadikan kenangan tu..

so...untuk yang belum tahu..warna yang mendapat rating tertinggi untuk 2018 adalah ULTRA VIOLET..Yayyyy!! actually ada 8 warna..tapi ini antara yang disebut2..
Warna apa tu? cantik ke? sesuai dengan kulit yang macam mana?
1st sekali warna ni memang cantik..kalau sesuai dengan orang yang memakainya..huhu..
so nak tau apa warna nya..google je terus..tak surprise la tunjuk kat sini..😁
Apa yang pasti tahun 2018 warna nya lebih hangat dari kebiasaan..jangan takut mencuba dan jangan pula terlebih berani..dapat sesuatu ? 😉


p/s : Jangan lupa tonton LIVE kami di instagram @emaspesonawedding pada setiap hari Sabtu jam 9 malam untuk dapatkan tips dan panduan pemilihan busana perkahwinan anda..






Sunday, 3 December 2017

PERLU ATAU TAK 'JURI JURI AWAM' ??

Minggu ni kami banyak sebut tentang isu yang satu ni..
penting sangat ke kisah juri2 awam ni ?? OF COURSE YES !
Sebab tak semua juri awam tak bagus dan tak semua juga membantu..so ada cara untuk kenali juri awam yang bagus..dan ada juga cara untuk tepis komen yang lansung tak membina ni..senang citer semuanya tak betul la..kadang2 pelik juga..yang bayar nya siapa?..yang nak kahwin nya siapa? tapi dia punya komen mengalahkan juri profesional..tak tahu hujung pangkal tiba2 nak komen macam2..apakes?

Ini fakta2 yang kita akan cuba huraikan sekali lagi selepas LIVE di instagram..siapa juri2 tadi?
mungkin ahli keluarga sendiri..kawan rapat atau saudara mara..tapi siapa pun yang awaa bawa pastikan mereka ini bantu awaa dan bukan nya mencari kesilapan..sebab awaa dalam proses nak selesaikan masalah..tak kisah la dalam pemilihan design..atau dalam apa2 isu sekalipun..isu nya nak selesaikan masalah awaa..dan bukannya masa nak dengar juri2 ni cakap itu salah ini tak betul..kalau ada orang macam ni yang nak ikut awaa..JANGAN BAWA !

ok Jom baca sket 3 TIPS kat bawah ni..

1- Bawa juri yang boleh membantu awaa dalam pemilihan dan boleh beri pendapat yang bernas..orang macam ni dia akan bantu awaa untuk cari apa yang sesuai dengan awaa..bukan yang sesuai dengan dirinya..

2- Jangan terlalu ramai..1 atau 2 orang pun dah cukup..sebab makin ramai yang jadi juri makin banyak pendapat yang awaa akan dengar..makin pening la awaa nak buat keputusan..elok2 boleh selesai awal..terus jadi berjam2..penat kan

3- Ada juga yang bawa family untuk survey baju pengantin dan ada masanya mungkin mak ayah yang akan bayar kos tempahan tadi..jadi secara automatik nya ahli keluarga sendiri yg akan jadi juri..pastikan mereka juga faham apa yang awaa nak walaupun mereka yang membayar supaya takkan ada isu lain dikemudian hari..

Bukan lah kehadiran mereka ni tak penting..tapi jika membantu tak jadi masalah..cuma ada masanya ramai yang suka jadi juri selepas semuanya dah selesai..dekat butik tak de masalah yang timbul pun..bila bawa balik..yang menunggu kat rumah tu semuanya nak tengok awaa..haaa waktu ni lah nanti akan banyak pendapat yang timbul..mungkin positif mungkin negatif..siapa tahu..
kalau positif alhamdulillah..kalau ada yang komen negatif..kat sini la tugas awaa untuk jelaskan semula apa yang awaa pilih..jangan biarkan kata2 dari juri tak bertauliah ni tadi buat kan awaa jadi goyang dan stress..sebab awaa juga ada pilihan untuk buat banyak perkara dan awaa buat apa yang awaa suka..

Siapa mereka untuk katakan NO pada apa yang awaa pilih?.. so just be yourself..confident dengan apa yang awaa pilih dan abaikan saja suara2 sumbang tu..jika mereka nak membantu mereka akan ada disamping awaa dari mula hingga akhir proses..dan bukannya hanya tahu nak kondem setelah semua nya selesai..juri yang positif dia akan buat awaa rasa happy dengan pilihan awaa..tambahan pulak kalau komen benda yang dah siap..sebab lain orang lain citarasa..

Awaa ada pengalaman dengan orang2 seperti ini??


❤❤❤❤❤❤❤

p/s : Ada banyak soalan?  JOM join kami LIVE di instagram @emaspesonawedding setiap hari Jumaat dan Sabtu pada pukul 9 malam..awaa tanya kami jawab 😊














Saturday, 4 November 2017

6 SOALAN PALING POPULAR

Skop tempahan ni sangat2 subjektif..ia bukan macam baju ready made yang memang dah ada harga tertera dibaju..custom made pula ada banyak faktor yang akan menyebabkan harga penghasilan nya berbeza2 walaupun design nya sama..sebab tu penerangan nya akan ambil masa dan jangan terkejut pula kalau harga nya agak berbeza dari ready made..

Pelik sangat rasanya kalau ada yang hairan kenapa harga RTW dan custom made tak sama..
apa yang awaa jangkakan?
apa kah kos beli kain banyak dengan sedikit ada persamaan?
Adakah tailor pukal dengan specialist tailor ada persamaan? yang sama dekat mesin jahit nya saja tau ..hehe
Adakah kos jahit baju pukal dan sehelai ada persamaan? Cuba cari kalau jumpa 

Antara 5 soalan yang biasa kami terima

1) Emas Pesona ada ambil tempahan jahitan tak?

Ye..mestilah ada, kadang2 ada yang tak baca profil dulu sebelum tanya soalan..mungkin 1st time dengar nama kami..nampak gambar dan terus tanya..dan ada juga yang tanya kami buat ready made ke tak..untuk pencerahan..KAMI HANYA MENERIMA TEMPAHAN SAHAJA DAN TIADA READY STOCK..

2) Boleh saya tahu berapa harga untuk custom baju?

Kalau boleh soalan nya kena lebih spesifik..mungkin awaa boleh sertakan gambar juga sebab kami bukan hanya buat satu design sahaja..macam mana kami nak tahu baju apa yang awaa nak buat kalau tak diberi klu walaupun sedikit..jadi setiap pertanyaan tu kena jelas dan tidak terlalu random..faham kan..😉

3) Baju tu berapa ye? (biasanya customer macam ni dia tunjuk baju dan terus tanya soalan ni) 

Kalau dapat soalan yang macam ni..biasanya kami akan tanya dulu nama dan majlis yang nak di hadiri..bukan apa..kadang2 tunjuk design yang agak heavy tapi nak pakai pergi majlis kenduri je..ada jugak yang nak pakai bertunang..kalau design heavy harga pun biasanya heavy jugak..bila dah dengar harga mau terkejut..😅..

4) Harga tu termasuk shawl dengan veil / sampin tak ?

Mula tadi awaa tanya harga baju je..kami pun beri harga baju saja..tiba2 awaa tanya pula harga tu termasuk dengan aksesori ke tak atau termasuk dengan baju lelaki tak..kami ni lurus..apa yang awaa tanya itu yang kami jawab..melainkan kalau kami bagitau..

5) Berapa harga baju nikah paling murah?

Kalau boleh elakkan dari tanya soalan macam ni..sebab tak semua penjual suka dengan perkataan 'MURAH' dan bila awaa sebut nak yang paling murah..kami juga dah boleh agak apa yang awaa nak cari dan awaa dalam kategori orang yang macam mana..
So apa kata cuba ubah sikit cara pertanyaan tu..mungkin awaa boleh tanya "ada promosi utk tempahan tak?"..kan lebih manis bunyi nya.. ☺

6) PM 

ini yang kadang2 kami tak faham..awaa faham ke tak dengan singkatan PM/DM tu? maksudnya PRIVATE MESSAGE / DIRECT MESSAGE ..so kalau dah wasap kami kenapa nak taip PM lagi? tanya je la terus soalan nya ..pening arr 😂


Kesimpulannya..apa jua soalan ada jawapannya..cuma kalau nak terlalu detail tu apa kata awaa datang je terus ke butik..kan lagi senang kami nak explain..lagi banyak yang awaa boleh tengok dan mengurangkan risiko salah faham tentang tempahan..bukannya kena paksa tempah pun..jangan nanti dah tersalah beli..baju dah rosak..baju kena alter..baru nak datang balik cari kami..siapa yang rugi..awaa juga..jadi sebelum buat sesuatu fikirkan dulu apa kesan nya..

lain la kalau awaa tu stalker je.. siapa makan cili dia rasa pedas yek..😁😁