Setiap pengantin pasti inginkan penampilan mereka tampak sempurna dihari bahagia. Salah satu perkara penting untuk sempurna kan gaya anda sudah semestinya pemilihan tudung.
Anda perlu memilih fabrik dan gaya yang bersesuaian untuk memastikan anda nampak elegan dan ada class tersendiri walaupun tampil berhijab
Kami kongsikan di sini 6 Tips mudah untuk panduan Anda di luar sana.
1. STAIL TUDUNG
Tudung yang dipakai perlu menutupi dada untuk nampak lebih sopan dan menjaga aurat. Elakkan memilih Fabrik yang jarang supaya tidak menampak kan bentuk leher dan telinga.
2. PEMILIHAN WARNA
Pemilihan warna juga memainkan peranan penting. Pastikan warna busana yang dipilih sesuai dengan tona kulit anda dan pemilihan tudung juga dari rona warna yang sama. Jangan pilih warna yang kontra untuk tudung kerana ia akan menghilang kan "look" eksklusif anda
3. ANAK TUDUNG
Pemilihan anak tudung yang tepat juga penting untuk keselesaan anda. Pilih anak tudung yang sesuai dan boleh memberi kemasan sempurna untuk tudung anda. Ini kerana sudah pasti anda akan banyak bergerak dan jangkamasa sesuatu majlis yang panjang akan buatkan anda rasa tidak selesa jika tersalah pilih.
4. PILIHAN FABRIK YANG TEPAT
Pastikan anda memilih fabrik yang bersifat ringan dan mudah dibentuk. Jangan pilih fabrik yang berkilat atau tebal kerana ia akan menyebabkan anda rasa panas. Contoh fabrik yang sering dipilih adalah sifon.
5. PERINCIAN RINGKAS
Seelok nya tidak perlu perincian yang sarat untuk tudung yang nak digayakan. Anda boleh memilih tudung yang polos dan anda boleh memilih aksesori lain seperti veil dan crown untuk melengkapkan penampilan
6. KESESUAIAN TUDUNG DENGAN BENTUK MUKA
Anda perlu memilih gaya tudung yang bersesuaian dengan bentuk muka. Contoh jika anda memiliki wajah yang berbentuk bulat, anda perlu memilih gaya tudung dan digabungkan dengan awning untuk memberi ilusi panjang pada wajah. atau anda juga boleh menggayakan tudung design bawal.
Sumber Rujukan : Pesona Pengantin
EMAS PESONA
Wedding Fashion Specialist
Thursday, 12 March 2020
Friday, 24 January 2020
MUDAH MENEMPAH 2020
Ini antara Kempen terbaru Emas Pesona sempena masuk tahun 2020
Kami sangat sangat komited untuk membantu lebih ramai lagi bakal bakal pengantin untuk merealisasikan busana impian mereka.
Kebanyakan bakal pengantin yang datang ke butik atau yang bertanya melalui online..masing2 mempunyai masalah yang sama..iaitu tidak tahu design apa yang sesuai dengan tubuh badan mereka dan masalah bertambah besar bila ada yang dah beli fabrik tapi fabrik tu tak sesuai dengan design yang nak dibuat. Ini menyebabkan mereka menghadapi risiko kos yang bertambah.
Kami faham setiap pasangan yang nak berkahwin pasti ada sesuatu yang diimpikan..Busana perkahwinan pasti salah satu daripadanya..terutama kepada pengantin perempuan..
Bayangkan apa yang akan jadi sekiranya baju yang diimpikan tidak jadi seperti yang diharapkan?
Mesti anda rasa kecewa..bertambah sedih pula bila tunang sendiri menyalahkan anda kerana salah pilih tailor..
Belum lagi dibawang tetamu yang datang hingga menyebabkan hari bersejarah yang sepatutnya jadi kenangan terindah bertukar jadi mimpi buruk dalam hidup anda..
Anda boleh elakkannya dari berlaku! Dengan syarat anda sedia dibantu..
Dan kami bersedia untuk memberikan servis terbaik untuk anda yang memerlukan panduan..
Paling best anda boleh dapatkan consultation secara PERCUMA!
Whatsapp kami segera untuk booking slot anda..
019-5721180

Thursday, 30 August 2018
SESUAI KE BINCANG DALAM "WHATS APP" ATAU ONLINE ?
Zaman ini zaman teknologi..
ye betul..tak dinafikan..macam2 perkara kita selesaikan hanya dengan teknologi
sehingga kan nak beli makan pun dah dihujung jari..
tekan2..tunggu je..tak payah susah2 nak keluar pergi cari kedai makan..
Tapi itu biasanya sangat sesuai dengan sesuatu perkara yang jelas..contoh nya
makanan yang nak dibeli tu dah ada nama spesifik..macam "nasi goreng kampung"..kalau instant food pulak..contohnya set"big mac large".. kita order juga berdasarkan gambar dan kita tak boleh pulak nak persoalkan saya nak big mac dengan daging ayam..kalau nak ayam mesti kita dah pilih mcchicken atau yang ada tulis ayam..itu contoh..
Apa yang kami nak bincang kan di sini..
bukan semua perkara awak boleh order macam barang makanan tadi..
Kami percaya bukan kami saja yang mengalami masalah macam ni..tapi ramai lagi peniaga alami perkara yang sama..tak mudah sebenarnya bila terima berbagai pertanyaan melalui whatsapp atau apa talian sekalipun..mencabar untuk kami bagi penjelasan..sebab apa yang kami faham dan apa yang kami nak sampaikan kadang2 tak difahami oleh pelanggan..dan ada masanya soalan yang ditanya oleh pelanggan juga mencabar minda kami..kalau dekat sekolah boleh masuk kategori KBAT.. 😂
Antara soalan yang kami terima..
❌Ketinggian saya 150cm berat saya 45kg.. baju apa yang sesuai dengan saya ye?
Rasanya mungkin dia ingat kami ni ahli nujum..tanya soalan dan akan keluar gambaran dalam mangkuk air..maka terpaksa la kami bayangkan dulu..😅
❌Ada stok tak baju ni?
Haaa..nampak sangat ni main terjah je.. kalau jumpa nombor whatsapp mesti dah tengok post..bila dah tengok post..sekali tak baca pulak apa yang orang tulis..dekat bio profile pun dah ditulis sejelas jelasnya..kami ni buat CUSTOM MADE je..takde ready stock..ke ada yang tak faham custom tu apa 🤔
❌Ada tak design yang sesuai dengan orang badan besar?
Mesti lah ada..kita kan custom..pilih je yang paling sesuai dengan cutting badan..
Sebab tu kami akan bagitau kenapa penting nya perbincangan secara berdepan..dalam erti kata lainnya..rajin2 kan lah diri tu untuk datang terus ke butik..banyak perkara yang nak dijelaskan..tak rugi pun kalau datang asalkan awak nampak jelas apa yang awak nak buat..tugas kami memang untuk memudahkan awak untuk buat tempahan..
Harga untuk tempahan ni bukan sesuatu yang tetap..contohnya satu design yang sama awak boleh dapat dengan harga yang berbeza2..ada orang boleh terima dengan harga 2000 ada orang pulak nak design sama dengan bajet 1000..so macam mana nak buat tu? rasa2 nya kalau nak terangkan dalam talian..boleh tak awak bayangkan?..yang pastinya bila kami bagitau mesti awak akan mintak pulak contoh2 lain..so bayangkan la pulak macam mana nak tunjuk segala detail dalam talian..
So..perkara macam ni tiada paksaan untuk awak terima..apa yang kami nak sampaikan hanyalah sebahagian dari tanggungjawab kami..awak takkan anggap ia penting selagi awak belum berhadapan sebarang masalah..orang nak tempah baju raya pun kena pergi jumpa tailor dek..ini kan pulak nak buat baju kahwin..☺
Ada banyak lagi soalan2 yang ditanya kat wasap kami..tapi cukup la 3 contoh diatas..dengan harapan yang membaca di sini takkan buat perkara yang sama..memang awak ada hak untuk bertanya..tapi pastikan soalan yang awak tanya tu bernas dan bukan nya soalan yang menyerlahkan kekurangan ilmu awak sebagai pelanggan..😉
ADIOS
Saturday, 21 July 2018
5 RAHSIA JIMAT BELANJA UNTUK BELI FABRIK BAJU PENGANTIN
Ada yang kata..tak bosan ke asyik cakap perkara yang sama??
Takkan bosan dek oiii..
Sebab masalah yang sama masih ada sampai ke hari ini..
Jadi..awak rasa patut ke kami duduk diam saja dan tak buat apa2?
Ini tanggungjawab kami dan tugas awak hanya perlu baca, faham dan hadamkan..
1. Tahu jumlah fabrik yang akan digunakan..so takde la nanti terlebih beli kain..beli meter yang perlu saja..banyak sangat kes beli lace terlebih meter..last2 tak tau nak buat apa..rugi la
2. Pasti kan awak kenal jenis2 fabrik yang sesuai.. elakkan fabrik yang kejung untuk buat full dress atau full top kurung..kalau suka jugak nanti jangan salahkan tailor kalau badan awak serupa tong..pastu menyesal sampai nak beli kain lain pulak..
3. Beli waktu ada promosi mega..banyak la sikit awak dapat jimat..pilihan dah banyak sekarang ni..kalau dulu SALE 2-3 kali je setahun..sekarang hampir setiap bulan pun ada promosi..rajin dengan tak je nak keluar masuk kedai..
4. Jangan rambang mata..beli apa yang perlu saja..shopping pun kena fokus tau..ini target nak beli A..tetiba balik B,C,D pun ikut sama..macam mana nak selamatkan poket ni?😁
5. Kalau tak tau nak beli kain tapi teringin nak beli sendiri jugak..ini jalan shortcut nya..tanya terus dengan butik yang awak yakin nak tempah..berapa meter nak guna..kain jenis apa..senang citer yang boleh consult awak dengan senang hati dan tak kena kan caj apa2 walaupun diorang kena layan awak berjam2 sampai kering air liur..
Mudah kan..jadi fikir panjang dulu sebelum berbelanja..😊
Saja nak bagitau..Kami memang ada ciri2 yang ke5 di atas..😁🙈

Saturday, 14 July 2018
ADA FABRIK TAPI TAK TAU NAK BUAT DESIGN APA??
Betul ke??
Dari apa yang kami terima dibutik..hampir 90% customer yang datang dengan fabrik sendiri tak de idea nak buat design yang bersesuaian..dan ini bukan perkara baru bagi kami..setiap hari whatsapp yang masuk pun akan ada isu yang sama..
Apakah minda kita hanya tersekat di skala beli kain saja yang paling penting?
Adakah pemilihan design hanya diletak sebagai perkara yang tidak perlu difikirkan pada peringkat terawal sedangkan ini perkara paling utama sebelum anda ambil keputusan untuk keluarkan modal beli kain?
Tak risau ke?
Nanti bila nak hantar jahit kain tak cukup..
Tak runsing ke?
Bila tailor bagitau kain tak sesuai dengan design..
Rasa menyesal tak?
bila pandang balik kain tu macam "old school"
Macam2 perasaan akan datang bila anda terima persoalan kat atas ni..paling teruk bila ahli keluarga dan kawan2 sendiri komen benda yang negatif..biasa la..kadang2 ramai yang suka membawang dari jadi tukang selesaikan masalah..tak gitu??
Bila dah jadi macam ni..apa yang terlintas dalam kepala anda?
Cadangan kami..
Bawa fabrik yang anda ada berjumpa dengan orang yang lebih arif tentang design..jangan risau..tak semestinya kena jumpa designer je baru masalah selesai..kalau duit anda berkepuk tak kisah la..untuk yang bukan ditahap itu dan nak cari dengan bajet yang lebih sederhana..boleh la start cari butik2 yang boleh menawarkan khidmat rundingan secara PERCUMA.. jangan takut nak bertanya..kami percaya banyak lagi butik2 di luar sana ada kemahiran yang bertaraf designer..😊
jangan pandang rendah kemampuan mereka hanya kerana mereka tiada label designer..
dan jangan pula meletakkan bajet yang tak munasabah hanya kerana nama butik nya biasa2..
Jadi untuk yang dah ada fabrik tu..jangan la runsing sangat..benda dah beli kan..kalau belum beli boleh la nak fikir panjang2..ada lagi cara lain untuk selesaikan masalah anda..
nak tahu lebih lanjut??
Datang je terus ke butik..discuss face to face kan lebih mudah..anda yakin ke boleh faham 100% dengan hanya bertanya melalui whatsapp? 🤔
kadang2 yang suka mengelak datang butik ni sebab dia takut.. takut apa?
takut mahal.. betul tak?? 😁

Friday, 20 April 2018
CARI RTW TU SENANG..BETUL KE??
Minggu ni agak sibuk untuk semua yang ada kat butik..mana nak prepare baju rtw raya..mana nak settle kan kain2 tempahan..nak siapkan detailing..dan prepare baju yang nak fitting..
minggu ni juga kami banyak didatangi customer yang ada masalah lebih kurang sama..
Ada yang cari baju untuk majlis lagi 2 minggu..ada yang lagi seminggu..ada yang lagi 2 hari..yang datang dan nak pakai esok pun ada..kami hanya mampu tersenyum..ada yang majlis lagi beberapa bulan pun nak cari ready made..takde masalah pun sebenarnya nak pilih rtw atau nak custom..
tapi yang musykil nya kenapa ramai suka pilih last minute..
Kadang2 tu kami tanya juga..memang plan nak cari ready made ke? bukan apa saja nak dengar apa jawapannya..😁
Ada yang kata ..a ah memang nak cari yang ready made..senang sket..
Kami tanya lagi..dah berapa kedai pergi?
Jawapan nya.."Dah banyak kedai".. kira area seksyen 7 ni dia dah round..
So..tertanya2 pulak kami dalam hati..kalau kata beli ready made tu senang..kenapa sampai kena tawaf satu seksyen 7 nak cari baju yang paling dia suka?? 🤔
Ada situasi yang lain pulak..
Kami tanya kenapa nak cari rtw.. jawapan sama juga kami terima.. tapi yang ni kes nya tak sama macam yang atas tadi..figure badan agak berisi..dan dia sendiri pulak mengaku saiz badan dia susah nak dapat ready made...
hmmm..belum kami tanya lanjut pun dia dah jawab kan sendiri apa masalah yang dia hadapi..so apa yang senang nya cari ready made untuk diri dia??
So kami simpul kan satu jawapan yang paling tepat untuk masalah yang dihadapi oleh pelanggan tadi..mereka pilih ready made bukan kerana SENANG nak didapati..sebab tak mudah juga nak dapat yang betul2 berkenan dari pandangan pertama..mungkin bila ada warna yang betul..design pula tak sesuai..bila ada design yang sesuai..warna pula tak ada..bila dah ada warna dan design yang sesuai..saiz pulak tak ada..tapi sebab paling utama orang memilih ready made ada lah pada kos baju tersebut tidak setinggi custom..cuma mungkin agak kurang sesuai nak diperkatakan secara terus bila berdepan dengan peniaga seperti kami..
harga upah jahitan tidak akan turun..tapi harga kain boleh jadi turun gila2 bila ada promosi..kadang2 ada yang sanggup beli mesin jahit..belajar menjahit semata2 nak jahit baju sendiri..tapi tu la..bukan senang nak jadi senang..bukan senang juga nak terus pandai menjahit..macam2 cabaran sebenarnya bila kita pilih nak buat sesuatu perkara yang tak biasa kita buat..sebab tu la ada bermacam jenis pekerjaan dan ada pelbagai orang dengan kepakaran masing2..
biasa tak dengar ayat macam ni... "alah..kalau setakat masak macam ni..aku pun boleh buat"
atau " senang je nak jahit baju macam ni..simple je pun..tu pun nak caj mahal2".
tapi hakikat nya selagi kita tidak berada di tempat orang yang buat sesuatu kerja tu..jangan kita persoalkan kerja yang dia buat..walaupun tugas nya memungut sampah sekali pun..
Berbalik kepada persoalan di atas tadi..ini antara masalah2 pelanggan yang datang ke butik kami..ada pelajaran dan ada pengajaran yang kami dapat..dari situ juga kami belajar banyak perkara dan cuba hadapi setiap situasi itu dengan sebaik mungkin..
Ada plan nak cari ready made tak?? 😊😊
nota kaki : RTW = ready to wear
Saturday, 31 March 2018
MAHU..TAPI MAMPU KAH?
Harini hari terakhir di bulan Mac 2018.. sekejap saja masa berjalan..dah habis suku tahun..
Apa yang dah kita buat sepanjang 3 bulan pertama ni??..
Kalau untuk orang berniaga seperti kami ni..business plan kami perlu berjalan at least setengah tahun kehadapan..paling cantik kalau dah ada plan untuk setahun...
Untuk bakal2 pengantin2 pulak.. apa yang awaa semua dah plan bila tarikh majlis dah ditetapkan??
Akhir2 ni memang kami suka untuk sentiasa sebut tentang perancangan..banyak perkara yang akan berjalan dengan lancar kalau perancangan nya betul..sebab harus diingat kita bukan la superman mahupun doremon..yang boleh hasilkan magic2 yang tak masuk akal..
Jadi kembali la ke alam nyata..
Kami percaya setiap orang mahukan majlis yang boleh dikenang sehingga ke akhir hayat..
besar atau kecil bajet nya bukan kayu pengukur untuk dapatkan majlis yang sempurna..yang penting apa yang kita ada itu yang kita buat..Kadang2 kita terlalu terikat dengan impian sehingga kita terlupa mana yang wajib..mana yang harus..mana yang sunat..mana yang haram..
Wajib untuk kita war2 kan pernikahan untuk tidak menimbulkan fitnah..tapi terbalik pula hukum nya jika niat kita buat majlis untuk menunjuk nunjuk..nak tunjuk aku lebih mampu dalam segala hal..nauzubillahiminzalik..
Dalam isu tempahan baju pengantin..kami sama sekali tidak akan memaksa bakal pengantin untuk buat lebih dari kemampuan..cuma ada kalanya ramai juga bakal2 pengantin yang tidak mengukur kemampuan sendiri..bila diterangkan satu persatu pun masih lagi berdegil dengan apa yang dia mahu..tak salah untuk ada kemahuan jika ada kemampuan..tetapi akan ada masalah besar sekiranya kemahuan melebihi kemampuan..
Jadi nampak tak penting nya ada perancangan?..
Bila awaa dah nampak road map yang jelas..insyaaAllah kemahuan dan kemampuan akan jadi seiring..
Awaa dah ada target untuk dicapai..tinggal nak jalan kan tindakan saja..contoh nya boleh start buat simpanan untuk perkahwinan..secara tak lansung awaa dan rancang kewangan juga..nampak tak manfaat nya disitu?..Bukan kah awaa akan rasa lebih gembira bila apa yang diimpikan tercapai..
Jangan salahkan peniaga jika apa yang ditawarkan tidak menepati piawaian bajet awaa..awaa ada pilihan untuk kata ya atau tak..dan jangan pula dikata kan peniaga tu letak mahal sebab nak cepat kaya..awaa tak berada di tempat dia untuk uruskan perniagaannya..mungkin kalau awaa berada di tempat nya lebih mahal dari itu awaa akan letakkan nilai servisnya..siapa tahu..jadi hati2 dengan setiap ayat yang dituturkan..mungkin satu hari di takdirkan Allah beri awaa peluang untuk berniaga..ini juga yang awaa akan rasa..😉
Kami di sini hanya untuk membantu selesaikan setiap masalah yang awaa hadapi berkaitan dengan tempahan..sebanyak mana pengalaman yang kami ada sebanyak itu juga lah ilmu yang kami sampaikan kepada setiap pelanggan yang datang..mampu atau tak je awaa nak terima apa yang kami kongsikan..apa gunanya ada ilmu kalau tak share dengan lebih ramai orang..kalau sekarang rasa tak penting mungkin satu hari nanti awaa akan nampak kepentingannya.. 😊

Subscribe to:
Posts (Atom)