Saturday, 14 July 2018

ADA FABRIK TAPI TAK TAU NAK BUAT DESIGN APA??

Betul ke??

Dari apa yang kami terima dibutik..hampir 90% customer yang datang dengan fabrik sendiri tak de idea nak buat design yang bersesuaian..dan ini bukan perkara baru bagi kami..setiap hari whatsapp yang masuk pun akan ada isu yang sama..

Apakah minda kita hanya tersekat di skala beli kain saja yang paling penting?
Adakah pemilihan design hanya diletak sebagai perkara yang tidak perlu difikirkan pada peringkat terawal sedangkan ini perkara paling utama sebelum anda ambil keputusan untuk keluarkan modal beli kain?

Tak risau ke?
Nanti bila nak hantar jahit kain tak cukup..
Tak runsing ke?
Bila tailor bagitau kain tak sesuai dengan design..
Rasa menyesal tak?
bila pandang balik kain tu macam "old school"

Macam2 perasaan akan datang bila anda terima persoalan kat atas ni..paling teruk bila ahli keluarga dan kawan2 sendiri komen benda yang negatif..biasa la..kadang2 ramai yang suka membawang dari jadi tukang selesaikan masalah..tak gitu??
Bila dah jadi macam ni..apa yang terlintas dalam kepala anda?

Cadangan kami..

Bawa fabrik yang anda ada berjumpa dengan orang yang lebih arif tentang design..jangan risau..tak semestinya kena jumpa designer je baru masalah selesai..kalau duit anda berkepuk tak kisah la..untuk yang bukan ditahap itu dan nak cari dengan bajet yang lebih sederhana..boleh la start cari butik2 yang boleh menawarkan khidmat rundingan secara PERCUMA.. jangan takut nak bertanya..kami percaya banyak lagi butik2 di luar sana ada kemahiran yang bertaraf designer..😊
jangan pandang rendah kemampuan mereka hanya kerana mereka tiada label designer..
dan jangan pula meletakkan bajet yang tak munasabah hanya kerana nama butik nya biasa2..

Jadi untuk yang dah ada fabrik tu..jangan la runsing sangat..benda dah beli kan..kalau belum beli boleh la nak fikir panjang2..ada lagi cara lain untuk selesaikan masalah anda..
nak tahu lebih lanjut??

Datang je terus ke butik..discuss face to face kan lebih mudah..anda yakin ke boleh faham 100% dengan hanya bertanya melalui whatsapp? 🤔
kadang2 yang suka mengelak datang butik ni sebab dia takut.. takut apa?
takut mahal.. betul tak?? 😁










No comments:

Post a Comment