Friday 20 April 2018

CARI RTW TU SENANG..BETUL KE??

Minggu ni agak sibuk untuk semua yang ada kat butik..mana nak prepare baju rtw raya..mana nak settle kan kain2 tempahan..nak siapkan detailing..dan prepare baju yang nak fitting..
minggu ni juga kami banyak didatangi customer yang ada masalah lebih kurang sama..

Ada yang cari baju untuk majlis lagi 2 minggu..ada yang lagi seminggu..ada yang lagi 2 hari..yang datang dan nak pakai esok pun ada..kami hanya mampu tersenyum..ada yang majlis lagi beberapa bulan pun nak cari ready made..takde masalah pun sebenarnya nak pilih rtw atau nak custom..
tapi yang musykil nya kenapa ramai suka pilih last minute..

Kadang2 tu kami tanya juga..memang plan nak cari ready made ke? bukan apa saja nak dengar apa jawapannya..😁

Ada yang kata ..a ah memang nak cari yang ready made..senang sket..

Kami tanya lagi..dah berapa kedai pergi? 

Jawapan nya.."Dah banyak kedai".. kira area seksyen 7 ni dia dah round..

So..tertanya2 pulak kami dalam hati..kalau kata beli ready made tu senang..kenapa sampai kena tawaf satu seksyen 7 nak cari baju yang paling dia suka?? 🤔

Ada situasi yang lain pulak..

Kami tanya kenapa nak cari rtw.. jawapan sama juga kami terima.. tapi yang ni kes nya tak sama macam yang atas tadi..figure badan agak berisi..dan dia sendiri pulak mengaku saiz badan dia susah nak dapat ready made...

hmmm..belum kami tanya lanjut pun dia dah jawab kan sendiri apa masalah yang dia hadapi..so apa yang senang nya cari ready made untuk diri dia??

So kami simpul kan satu jawapan yang paling tepat untuk masalah yang dihadapi oleh pelanggan tadi..mereka pilih ready made bukan kerana SENANG nak didapati..sebab tak mudah juga nak dapat yang betul2 berkenan dari pandangan pertama..mungkin bila ada warna yang betul..design pula tak sesuai..bila ada design yang sesuai..warna pula tak ada..bila dah ada warna dan design yang sesuai..saiz pulak tak ada..tapi sebab paling utama orang memilih ready made ada lah pada kos baju tersebut tidak setinggi custom..cuma mungkin agak kurang sesuai nak diperkatakan secara terus bila berdepan dengan peniaga seperti kami..

harga upah jahitan tidak akan turun..tapi harga kain boleh jadi turun gila2 bila ada promosi..kadang2 ada yang sanggup beli mesin jahit..belajar menjahit semata2 nak jahit baju sendiri..tapi tu la..bukan senang nak jadi senang..bukan senang juga nak terus pandai menjahit..macam2 cabaran sebenarnya bila kita pilih nak buat sesuatu perkara yang tak biasa kita buat..sebab tu la ada bermacam jenis pekerjaan dan ada pelbagai orang dengan kepakaran masing2..

biasa tak dengar ayat macam ni... "alah..kalau setakat masak macam ni..aku pun boleh buat"
atau " senang je nak jahit baju macam ni..simple je pun..tu pun nak caj mahal2".

tapi hakikat nya selagi kita tidak berada di tempat orang yang buat sesuatu kerja tu..jangan kita persoalkan kerja yang dia buat..walaupun tugas nya memungut sampah sekali pun..

Berbalik kepada persoalan di atas tadi..ini antara masalah2 pelanggan yang datang ke butik kami..ada pelajaran dan ada pengajaran yang kami dapat..dari situ juga kami belajar banyak perkara dan cuba hadapi setiap situasi itu dengan sebaik mungkin..

Ada plan nak cari ready made tak?? 😊😊


nota kaki : RTW = ready to wear







1 comment: