Saturday, 28 January 2017

PROMOSI OH PROMOSI

Harini merupakan cuti umum satu Malaysia..Selamat Tahun Baru Cina kepada semua yang berbangsa Cina..Best kan bila negara kita ni ada masyarakat majmuk..macam2 perayaan kita merasa sambut..

ok back to the main point..
Hampir seminggu kami telah promosikan tempahan baju nikah dan resepsi..Promosi apa tu ye??
Promosi tempah dan awaa boleh dapat chiffon veil for FREE!!..
Resam manusia..bila sebut FREE dia akan highlight kat benda tu je..yang lain tu kalau kau tulis panjang berjela..terang kan A-Z segala mak nenek yang ada dalam promosi tu..haram nak dibacanya..sighhh..ada masanya angin staff2 kami pun boleh sampai ke hujung tanduk bila jumpa customer yang sebegini..
Wahai customer..sesungguhnya kami juga adalah manusia biasa yang ada tahap kesabaran masing2..itu pun kami telah dilatih dengan segala kesabaran untuk berdepan dengan orang2 macam awaa ni..

Berbalik kepada isu tempahan baju..kami percaya kalau diberi peluang ramai yang ingin menempah lebih dari beli yang dah siap..Jadi saranan kami..kalau awaa boleh sediakan bajet RM200-300 untuk baju raya..sediakan juga bajet yang sesuai dengan baju nikah atau resepsi..melainkan la kalau awaa nak baju nikah awaa sama rupa macam baju raya..sebab ada ramai juga yang macam tak mengkaji semua ni.. berapa upah tempahan semasa? harga di bandar ye bukan di kampung..kalau upah kain tanpa lining je dah 100 awal.. kalau berlining dah tentu la lebih 200..macam mana la awaa nak minta kami sediakan baju custom untuk awaa dengan bajet bawah RM300?? termasuk material pulak tu.. 

Kami faham tak semua orang ada pemikiran yang bagus bila melibatkan bajet tertentu..tak semua akan faham kenapa ada perbezaan harga..sebab bukan tiap2 hari mengadap kedai kain..tapi setiap benda yang cantik tu biasanya akan datang dengan pakej harga yang agak cantik juga..so tepuk dada tanya la poket masing2..kalau mampu..teruskan..kalau tak mampu jangan la pula ada yang cakap..eh mahal la!..kereta mercedes pun tak turunkan harga kalau awaa tak mampu beli tau..so berbelanja tu ikut tahap kemampuan masing2..dan yang paling penting awaa tak push seller pulak ikut taste mercedes awaa tu dengan bajet proton!..faham ke faham??

Cerita panjang2 dalam blog ni pun kami tak tahu la awaa baca habis ke tak..sebab selalunya orang macam ni dia malas nak membaca pun..sebab tu banyak benda tak tahu..

terima kasih juga kepada customer yang sudi berurusan dengan kami dan sudi mendengar penerangan dan perkongsian dari kami..ingat..sekiranya awaa bersedia untuk merancang dan melaksanakan setiap impian perkahwinan awaa dengan teratur maka awaa juga telah bersedia untuk memikul tanggungjawab membina keluarga juga..                    

Saturday, 21 January 2017

5 PERTANYAAN TENTANG TEMPAHAN BAJU

Sehari dua ni kami agak sibuk...sibuk menjawab segala pertanyaan dari customer..
Fuhhh..kalau tahap kesabaran kurang tinggi..Kami jamin ramai la staff butik yang akan surrender nak melayan kerenah customer yang pelbagai ni..kalau yang tak de masalah rasa berpuluh yang tanya pun senyum boleh sampai ke telinga..tiba datang yang kurang ilmu n tak membaca apa yang dah diberitahu..maka kat sini la bermula episod sendu..

Bukan salah customer kalau dia tak tahu apa yang kami tahu..tapi kita semua ada pilihan untuk mencari ilmu sebelum bertanya soalan yang ada masanya tak masuk dek akal..
Kita yang meletakkan diri kita berada ditahap mana..kalau tanya dengan simulut laser maka bernanah la telinga awaa tu..faham ke faham?

Berbalik kepada isu promo custom kami.. kami membawa trademark wedding inspired..kadang2 ada yang bertanya..

1- kosong je ke baju ni??
2- tak simple sangat ke??
3- boleh tak nak bawa material sendiri??
4- material macam mana ye??
5- berapa range harga ye?

ini jawapan yang biasa kami beri 

1- kosong sebab kami memberi pilihan kepada customer yang nak cari baju yg plain..kalau terus diletak lace harganya juga akan lebih tinggi..which is kalau harga yg basic pun ada yang tak mampu nak buat macam mana pula dengan harga yg lebih tinggi?? so pilihan masing2..untuk info kami juga ada servis untuk add on border lace dan beading juga..

2- simple tu bersesuaian dengan konsep apa2 majlis pun..kalau keluar design yang heavy belum tentu awaa nak pakai balik selepas majlis nanti..last2 10 tahun duk dalam almari..keluar pun tiap kali anniversary je..itu pun kalau muat lagi dan tak outdated nak dipakai..

3- boleh je nak bawa material sendiri..tak de sape nak marah pun..even kami pun happy je kalau customer nak datang butik tunjuk apa yang dia dah ada..so senang nak bercerita macam2 perkara..kalau awaa tanya dalam mesej je..belum tentu apa yang kami cerita ni awaa faham..kadang2 awaa tunjuk design dalam hp tu pun gambarannya kurang jelas..so kemungkinan untuk ada misscommunication tu agak tinggi juga..

4- untuk inhouse design yang kami keluarkan..kami akan sediakan material juga..so itu istimewa nya inhouse design..kami sediakan dari A-Z.. awaa sediakan duit je..pakej ini yang paling top dibutik sebab sesuai sangat dengan couple yang tak de masa nak datang atau duduk jauh..
kalau orang yang cepat mengira..dia akan tau dia dapat lebih penjimatan kalau ambil inhouse design compare to bring your own material dari jenis yg sama..plus lebih senang bila kami sediakan dan awaa tak payah pening kepala..

5- kes ni sama macam soalan no3 tadi.. kalau ada kelapangan tu..datang je..bukan nya kami nak paksa tempah..tak pernah lagi ada kes customer tak boleh keluar dari butik ni..ini bila suruh datang takde masa..tak nak datang..dok sibuk tanya harga je dalam hp..asyik send gambar baju je kat wasap tanya harga..bila tanya nak sebiji macam dalam pic ke?..dia cakap ye..awaa tunjuk design yang meletop2 dari designer..pastu bila bagi harga ikut expectation material yang kami tahu..dah terkedu..pastu kami pun dapat la ucapan terima kasih..kali ni kami pula yang terkedu sebab tak pasti customer ni ok ke tak ok ke..tadi dia yang tanya harga..
kami sarankan orang yang macam ni pergi cari material sendiri dulu..tengok la lace yang cantik2 contoh kat jakel..takpayah naik level 4..naik level 3 dah cukup..tengok betul2 semua harga lace kat situ..yg cantik tau..fully beaded..cek berapa harga semeter chiffon..cek juga berapa kos nak jahit baju tu..jangan tanya makcik tailor kat sebelah rumah..sila tanya kat tailor yang betul2 buat baju wedding..finishing wedding..ini bukan macam nak jahit baju raya ye..

Kalau la orang tahu siapa kah specialist tailor yang jahit setiap busana kami..tak promote pun mungkin dah berderu2 orang datang tempah dengan kami..tapi agaknya orang hanya pandang pada nama..sebab pernah ada customer yang pertikaikan harga yang kami letak dengan alasan butik tak de nama lagi..actually awaa dapat KUALITI YANG SAMA DENGAN DESIGNER PADA HARGA YANG BERAPA KALI GANDA BERBEZA..itu yang awaa tak tahu..

So..ini perkongsian dari hati namanya..kami perlu bina lagi jenama Emas Pesona supaya lebih kukuh dan mendapat keyakinan dari setiap pelanggan..InsyaAllah kami akan tetap share setiap ilmu yang kami ada..tidak rugi jika kami bantu awaa dalam ruangan yang secebis ni..andai ia boleh memberi manfaat besar kepada awaa..

adioss..


Thursday, 19 January 2017

CARI BAJU LAST MINUTE ??

Jadi Pengantin itu merupakan peristiwa paling manis sepanjang hidup kita..Tak tau la pulak kalau ada yang tak gembira..kahwin paksa agaknya.. uppsss

ok..kat sini kami nak share 1 perkara yang ada setengah orang sangat ambil berat..tapi ada setengahnya pula tak ambil kisah..apa tu ye??

BUSANA..aka BAJU..
tak kisah la awaa nak pakai untuk tunang ke..nikah ke..even merisik sekali pun..baju resepsi kalau awaa buat2 tak kisah..ni namanya cari nahas..lain la body awaa tu persis super model yang boleh sarung apa jenis baju sekalipun..

Memang awaa tak kisah..ada baju ringkas2 pun boleh la asal boleh pakai..tapi masalah akan timbul bila mak start tanya..adik beradik..mak2 sedara..tu belum campur lagi kawan2..so kat sini la selalunya datang rasa sangsi dalam diri awaa..tak ok ke baju aku?..macam mana ni?..majlis dah dekat ni..sempat ke cari baju?
haaa..tak ke haru dibuatnya..ini pengalaman kami sendiri yang jumpa kes2 macam ni..kalau tak cerewet tak de masalah..boleh beli baju readymade..kalau kena yang cerewet..maka entah berapa kali turun naik butik la jawabnya..tu belum cerita jenis fizikal yang susah nak jumpa saiz..

Nak custom last minute?..boleh..tapi jangan tanya kenapa butik caj mahal..
berapa banyak que diorang kena potong untuk bagi baju awaa siap?..itu yang awaa kena fikirkan..

So point nya kat sini..persediaan awal itu sangat penting..tak kisah la majlis awaa tu kecik atau besar..baju tetap kena pakai..yang penting awaa gembira dan yakin dengan setiap pilihan yang awaa buat..

Faham ke faham??

😉😉

Wednesday, 18 January 2017

Dunia penulisan Emas Pesona

Assalamualaikum..

Ini bukan 1st time dengan penulisan. Tapi bukan juga bidang kepakaran kami..Cuma rasa terpanggil untuk berkongsi rasa, idea, tips dan pengalaman yang tak banyak mana dalam industri pakaian terutamanya busana pengantin...

Emas Pesona wujud sejak tahun 2009..bermula dengan butik pengantin yang menyediakan pakej perkahwinan seperti hiasan pelamin, makeup dan juga sewaan baju pengantin. Tahun 2015 kami menukar logistik dengan berpindah ke Seksyen 7 Shah Alam kerana mahu lebih fokus kepada penghasilan baju custom made, ready made dan sewaan baju pengantin sahaja. 

Kepakaran kami ada lah untuk memastikan setiap pelanggan kami boleh bergaya dengan produk yang berkualiti setaraf designer dan mampu dimiliki dengan harga yang lebih berpatutan..dengan membawa tagline "The wedding inspired".. kami sangat komited untuk membantu pelanggan2 di luar sana.

Bagaimana nak hubungi atau datang ke butik?

Call / Whatsapp : 0195721180
Instagram : @emaspesona / @emaspesonawedding
FB Fanpage : Emas Pesona
Facebook : Emas Pesona HQ

26B, Jln Plumbum Q7/Q
Seksyen 7, Shah Alam