Saturday, 28 January 2017

PROMOSI OH PROMOSI

Harini merupakan cuti umum satu Malaysia..Selamat Tahun Baru Cina kepada semua yang berbangsa Cina..Best kan bila negara kita ni ada masyarakat majmuk..macam2 perayaan kita merasa sambut..

ok back to the main point..
Hampir seminggu kami telah promosikan tempahan baju nikah dan resepsi..Promosi apa tu ye??
Promosi tempah dan awaa boleh dapat chiffon veil for FREE!!..
Resam manusia..bila sebut FREE dia akan highlight kat benda tu je..yang lain tu kalau kau tulis panjang berjela..terang kan A-Z segala mak nenek yang ada dalam promosi tu..haram nak dibacanya..sighhh..ada masanya angin staff2 kami pun boleh sampai ke hujung tanduk bila jumpa customer yang sebegini..
Wahai customer..sesungguhnya kami juga adalah manusia biasa yang ada tahap kesabaran masing2..itu pun kami telah dilatih dengan segala kesabaran untuk berdepan dengan orang2 macam awaa ni..

Berbalik kepada isu tempahan baju..kami percaya kalau diberi peluang ramai yang ingin menempah lebih dari beli yang dah siap..Jadi saranan kami..kalau awaa boleh sediakan bajet RM200-300 untuk baju raya..sediakan juga bajet yang sesuai dengan baju nikah atau resepsi..melainkan la kalau awaa nak baju nikah awaa sama rupa macam baju raya..sebab ada ramai juga yang macam tak mengkaji semua ni.. berapa upah tempahan semasa? harga di bandar ye bukan di kampung..kalau upah kain tanpa lining je dah 100 awal.. kalau berlining dah tentu la lebih 200..macam mana la awaa nak minta kami sediakan baju custom untuk awaa dengan bajet bawah RM300?? termasuk material pulak tu.. 

Kami faham tak semua orang ada pemikiran yang bagus bila melibatkan bajet tertentu..tak semua akan faham kenapa ada perbezaan harga..sebab bukan tiap2 hari mengadap kedai kain..tapi setiap benda yang cantik tu biasanya akan datang dengan pakej harga yang agak cantik juga..so tepuk dada tanya la poket masing2..kalau mampu..teruskan..kalau tak mampu jangan la pula ada yang cakap..eh mahal la!..kereta mercedes pun tak turunkan harga kalau awaa tak mampu beli tau..so berbelanja tu ikut tahap kemampuan masing2..dan yang paling penting awaa tak push seller pulak ikut taste mercedes awaa tu dengan bajet proton!..faham ke faham??

Cerita panjang2 dalam blog ni pun kami tak tahu la awaa baca habis ke tak..sebab selalunya orang macam ni dia malas nak membaca pun..sebab tu banyak benda tak tahu..

terima kasih juga kepada customer yang sudi berurusan dengan kami dan sudi mendengar penerangan dan perkongsian dari kami..ingat..sekiranya awaa bersedia untuk merancang dan melaksanakan setiap impian perkahwinan awaa dengan teratur maka awaa juga telah bersedia untuk memikul tanggungjawab membina keluarga juga..                    

No comments:

Post a Comment