Saturday, 21 January 2017

5 PERTANYAAN TENTANG TEMPAHAN BAJU

Sehari dua ni kami agak sibuk...sibuk menjawab segala pertanyaan dari customer..
Fuhhh..kalau tahap kesabaran kurang tinggi..Kami jamin ramai la staff butik yang akan surrender nak melayan kerenah customer yang pelbagai ni..kalau yang tak de masalah rasa berpuluh yang tanya pun senyum boleh sampai ke telinga..tiba datang yang kurang ilmu n tak membaca apa yang dah diberitahu..maka kat sini la bermula episod sendu..

Bukan salah customer kalau dia tak tahu apa yang kami tahu..tapi kita semua ada pilihan untuk mencari ilmu sebelum bertanya soalan yang ada masanya tak masuk dek akal..
Kita yang meletakkan diri kita berada ditahap mana..kalau tanya dengan simulut laser maka bernanah la telinga awaa tu..faham ke faham?

Berbalik kepada isu promo custom kami.. kami membawa trademark wedding inspired..kadang2 ada yang bertanya..

1- kosong je ke baju ni??
2- tak simple sangat ke??
3- boleh tak nak bawa material sendiri??
4- material macam mana ye??
5- berapa range harga ye?

ini jawapan yang biasa kami beri 

1- kosong sebab kami memberi pilihan kepada customer yang nak cari baju yg plain..kalau terus diletak lace harganya juga akan lebih tinggi..which is kalau harga yg basic pun ada yang tak mampu nak buat macam mana pula dengan harga yg lebih tinggi?? so pilihan masing2..untuk info kami juga ada servis untuk add on border lace dan beading juga..

2- simple tu bersesuaian dengan konsep apa2 majlis pun..kalau keluar design yang heavy belum tentu awaa nak pakai balik selepas majlis nanti..last2 10 tahun duk dalam almari..keluar pun tiap kali anniversary je..itu pun kalau muat lagi dan tak outdated nak dipakai..

3- boleh je nak bawa material sendiri..tak de sape nak marah pun..even kami pun happy je kalau customer nak datang butik tunjuk apa yang dia dah ada..so senang nak bercerita macam2 perkara..kalau awaa tanya dalam mesej je..belum tentu apa yang kami cerita ni awaa faham..kadang2 awaa tunjuk design dalam hp tu pun gambarannya kurang jelas..so kemungkinan untuk ada misscommunication tu agak tinggi juga..

4- untuk inhouse design yang kami keluarkan..kami akan sediakan material juga..so itu istimewa nya inhouse design..kami sediakan dari A-Z.. awaa sediakan duit je..pakej ini yang paling top dibutik sebab sesuai sangat dengan couple yang tak de masa nak datang atau duduk jauh..
kalau orang yang cepat mengira..dia akan tau dia dapat lebih penjimatan kalau ambil inhouse design compare to bring your own material dari jenis yg sama..plus lebih senang bila kami sediakan dan awaa tak payah pening kepala..

5- kes ni sama macam soalan no3 tadi.. kalau ada kelapangan tu..datang je..bukan nya kami nak paksa tempah..tak pernah lagi ada kes customer tak boleh keluar dari butik ni..ini bila suruh datang takde masa..tak nak datang..dok sibuk tanya harga je dalam hp..asyik send gambar baju je kat wasap tanya harga..bila tanya nak sebiji macam dalam pic ke?..dia cakap ye..awaa tunjuk design yang meletop2 dari designer..pastu bila bagi harga ikut expectation material yang kami tahu..dah terkedu..pastu kami pun dapat la ucapan terima kasih..kali ni kami pula yang terkedu sebab tak pasti customer ni ok ke tak ok ke..tadi dia yang tanya harga..
kami sarankan orang yang macam ni pergi cari material sendiri dulu..tengok la lace yang cantik2 contoh kat jakel..takpayah naik level 4..naik level 3 dah cukup..tengok betul2 semua harga lace kat situ..yg cantik tau..fully beaded..cek berapa harga semeter chiffon..cek juga berapa kos nak jahit baju tu..jangan tanya makcik tailor kat sebelah rumah..sila tanya kat tailor yang betul2 buat baju wedding..finishing wedding..ini bukan macam nak jahit baju raya ye..

Kalau la orang tahu siapa kah specialist tailor yang jahit setiap busana kami..tak promote pun mungkin dah berderu2 orang datang tempah dengan kami..tapi agaknya orang hanya pandang pada nama..sebab pernah ada customer yang pertikaikan harga yang kami letak dengan alasan butik tak de nama lagi..actually awaa dapat KUALITI YANG SAMA DENGAN DESIGNER PADA HARGA YANG BERAPA KALI GANDA BERBEZA..itu yang awaa tak tahu..

So..ini perkongsian dari hati namanya..kami perlu bina lagi jenama Emas Pesona supaya lebih kukuh dan mendapat keyakinan dari setiap pelanggan..InsyaAllah kami akan tetap share setiap ilmu yang kami ada..tidak rugi jika kami bantu awaa dalam ruangan yang secebis ni..andai ia boleh memberi manfaat besar kepada awaa..

adioss..


No comments:

Post a Comment