Thursday, 6 April 2017

TIADA KOLEKSI KHAS UNTUK HARI RAYA

Dah lama tak mencoret apa2 di ruangan ni.. kalau melibatkan masalah kesihatan memang agak susah nak kompromi..jadi bila dah beransur pulih ni maka idea untuk menulis pun datang mencurah curah..

Untuk pembaca baru di ruangan ini..Sekali lagi Hani nak maklumkan..kepakaran kami adalah untuk memastikan awaa semua mudah untuk mendapatkan baju custom made tanpa perlu bersusah payah untuk turun naik kedai kain..awaa dapat jimatkan masa..tenaga dan juga DUIT terutamanya..suka tak?? 😁 ..kalau suka baca sampai habis tau..

Buat masa sekarang kami dah menghasilkan lebih dari 20 INHOUSE DESIGN..
Apa tujuannya yek??
Untuk mudahkan awaa semua buat pilihan..kalau atas kertas mungkin ada ramai yang tak jelas bagaimana rupanya sesuatu design tu bila dah siap sepenuhnya..so kami hasilkan terus dalam bentuk sample supaya awaa semua boleh tengok dan teliti apa yang kami gunakan untuk menghasilkan sepasang baju..

Kami ada design dari serendah RM249..sehingga ke RM1K ++ (setakat hari artikel ini ditulis).. harga dah tentu bergantung pada material yang digunakan dan juga design..dari yang plain sampai la yang bercorak..dari penggunaan fabrik 4 meter hinggalah yang menggunakan 8-15 meter kain..

Yang terbaru kami keluarkan design gabungan songket dan juga net dual tone..Design yang paling mendapat perhatian setakat ini..tapi rata2 yang bertanya akan sedikit terkejut dengan harganya..kenapa?? mungkin awaa tak nampak kami gunakan songket 4 warna dengan anggaran kain 3 meter..bukan songket cotton ye..mungkin awaa tak tahu nak menghasilkan 12 panel net perlukan 5 meter kain net..dan awaa juga mungkin tak tahu nak mencantikkan songket itu perlukan lapisan interfacing dan juga lining dengan jacket finishing..bukan salah awaa kalau tak tahu semua tu..😁

Sebab itu Hani dah bagitahu awal2 dalam setiap post PROMOSI kami..
Kami TIDAK hasilkan koleksi untuk Hari Raya.. Koleksi yang kami keluarkan khas untuk yang mencari design2 untuk majlis tunang, nikah ataupun sanding dalam versi yang simple dan elegant..tapi tak salah kalau awaa semua nak buat untuk pakai raya nanti..cuma jangan la pulak terkejut kalau harga yang kami letakkan untuk sesuatu design tu di luar kemampuan awaa..takkan la pakai songket dengan kain 12 panel kepuk2 tu harga nya RM300..beli kain pun tak lepas dek non..ini fakta bukan auta..😅

Tapi yang peliknya bila Hani tunjuk design yang sesuai dengan bajet..awaa tak minat pulak..Berapa pulak bajet yang awaa nak untuk tempahan ikut badan sendiri yek? rata2 kedai jahitan sekarang ni upah jahit baju kurung tanpa lining pun dah RM100++ ..awaa pulak nak minta Hani buatkan baju design yang awaa suka dengan sediakan fabrik sekali bawah RM300..hmmm..sebab tu Hani lebih suka suggestkan cari yang ready made..InsyaAllah awaa boleh jumpa..tapi jangan la pulak complaint takde warna yang awaa suka..saiz tak sesuai dengan badan..kain tak cantik..jahitan tak kemas..dah namanya pun ready made..jahitannya secara pukal..mana nak sama dengan baju yang dijahit satu persatu..cuba belajar untuk faham maksud menerima kelebihan dan kekurangan..

Tapi jangan risau siapa yang bertanya Hani sedia menjawabnya..cuma lately..terlalu banyak pertanyaan yang masuk sampai tak menang tangan pula nak menjawab..hehe..
So Hani nak bagi suggestion juga dekat awaa yang ada sekitar lembah klang..kalau ada kelapangan boleh datang terus ke butik..tak perlu buat temujanji..boleh terus walk in..sebab kami selalu kena serbu terutama hujung minggu..jadi nya akan berlaku juga pertembungan dengan ramai customer yang datang tanpa appointment..nak lebih selesa..awaa boleh datang pada hari Selasa - Jumaat..

Sekian coretan kali ini..

Adios







No comments:

Post a Comment