Wednesday, 15 March 2017

3 FAKTA PENTING "INHOUSE DESIGN" WAJIB DIKETAHUI

Makin banyak pertanyaan yang kami terima berkenaan tempahan baju..terutamanya baju untuk nikah dan resepsi..ada yang berminat terus dengan inhouse design kami dan ada juga yang nak bawa design sendiri..mana2 pun yang awaa pilih kami akan terima..ada juga yang bertanya..boleh tak nak bawa material sendiri..jawapan kami..dah tentu la boleh..pilihan masing2.. cuma kat sini kami nak terangkan apa keistimewaan yang awaa dapat bila buat TEMPAHAN IN HOUSE DESIGN 

BACA SAMPAI HABIS !!


1. SEMUA KAMI SEDIAKAN

Ini yang paling disukai oleh pelanggan yang dah buat tempahan dengan kami..sebab sangat memudahkan..mereka cuma perlu datang ke butik..pilih design..pilih warna..ambil ukuran dan SELESAI..😊 
Tak perlu nak ke kedai kain..
Tak perlu nak pening kepala tengok jenis kain yang bermacam2..
Tak perlu nak fikir berapa meter kain nak beli..
Tak perlu nak fikir hantar kain kat mana..
Hanya masuk butik dan buat pilihan dengan tenang..😇

2. HARGA YANG LEBIH BERPATUTAN

Sememangnya sangat berbaloi..kami satukan harga untuk tailoring dan material di mana kalau awaa sediakan sendiri..harga nya PASTI akan lebih tinggi berbanding harga yang kami tawarkan dengan kualiti material dan jahitan yang sama..tak percaya? cuba lah buat perbandingan nya dan kira juga masa yang awaa perlu habiskan sekiranya awaa buat semuanya sendiri..

3. SPECIALIST WEDDING TAILOR

Tahukah awaa..tempahan In house design kami bermula dari harga RM249 dan dijahit sepenuhnya oleh wedding specialist kami..dan untuk info harga tempahan design yang menggunakan specialist wedding tailor sekiranya awaa bawa design berasingan bermula dari RM450.. 
So nampak tak kelebihan yang awaa dapat kalau tempah in house design..bukan setakat jimat masa dan wang tapi khidmat specialist juga awaa akan dapat..😉

JELAS TAK ?? 

Kalau tak faham..jemput la ke butik..nanti kami boleh terangkan satu persatu sampai awaa faham..
Mudah kan..😊

Sekian saja entry kali ni..

ADIOS


No comments:

Post a Comment