Thursday, 2 February 2017

FREE CONSULTATION FOR CUSTOM MADE

Bahagia tidak hanya datang untuk orang yang sedang dilamun cinta..
Bagi kami apa yang membahagiakan bila kami dapat bantu ramai customer yang tak arif dengan selok belok tempahan baju..terutamanya baju pengantin..kami tak minta duit anda untuk beri khidmat nasihat..tapi biasa lah..ada yang menghargai usaha kami dan ada juga yang tak..mereka lebih senang tanya dan bila dah dapat info terus senyap tanpa apa2 maklum balas..

Bukan semua orang faham kenapa dan mengapa setiap tempahan itu berbeza range harganya..kadang2 expectation nya jauh tersasar dari apa yang dia rasakan..
Contoh.. ada customer yang rasa dia boleh dapat sepasang baju dengan harga RM300..tapi bahagian yang dia tidak tahu..material yang dia tunjukkan untuk design tu saja dah melebihi RM300..so di sini la tugas kami untuk menerangkan..dan kami akan suggestkan pula design bagaimana yang sesuai dengan bajet RM300 tersebut..

Untuk yang senang faham..perkara ini takkan jadi masalah besar bagi dia sebab dia tak tahu harga material semasa..tapi untuk yang berkeras nak juga design dengan bajet yang dia ada dan tak menerima pendapat..ini yang susah sikit nak kami bantu..jalan mudah..mungkin jodoh anda bukan dengan kami..hehe..

Kepada yang ada kemusykilan tentang tempahan baju..tambahan pula dengan design yang "heavy" ala Rizalman..ala Rizman Ruzaini..itu belum lagi yang tunjuk kat kami design runaway mat salleh ..kami sarankan datang ke butik..boleh kami cerita kan panjang lebar..bukan tak boleh tanya dalam whatsapp..kami still akan layan pertanyaan anda..cuma mungkin ada yang kurang jelas..fahaman kami untuk sesuatu design tu mungkin tak sama dengan apa yang anda faham..so untuk mengelakkan kekeliruan dan salah faham..luangkan masa untuk datang ke butik kami..
FREE CONSULTATION je untuk anda..buat keputusan yang tepat sebelum anda kerugian dan menyesal kemudian hari..sebab dah ramai yang hadapi situasi macam ni..melainkan kalau anda tak kisah lansung pasal bajet..rosak satu baju..kita beli je kain lain pulak..huhu

Jadi untuk yang nak kahwin terutamanya..anda dah ambil tindakan yang bijak jika memilih untuk mencari ilmu terlebih dahulu sebelum mengambil keputusan untuk membuat sebarang tempahan..
InsyaAllah apa ilmu yang kami ada akan kami kongsikan dengan anda..nak tempah dengan kami atau tak itu terpulang pada anda..kalau tempah..rezeki kami la namanya..

So jangan malu jangan segan..kata orang kalau malu bertanya sesat jalan..😉

Jumpa lagi next entry..

adios..



No comments:

Post a Comment