Wednesday, 22 February 2017

CUSTOM vs SEWA

Isu ini antara yang sering juga ditanya oleh customer kami..
Ada pro dan kontra nya mana2 pun yang awaa pilih..kalau awaa nak mencari yang sewaan pasti kan awaa tahu konsep atau lokasi sesuatu butik tu..sebab harga nya juga akan ada perbezaan..begitu juga dengan customade..

Kami terima banyak pertanyaan untuk sewaan dengan harga RM200 - RM300 sepasang..
Terlebih dahulu..mohon maaf dari kami..sebab kami tak sediakan baju sewaan dengan rate di atas..ini kerana untuk sewaan kami menghasilkan baju dari fabrik seperti french lace beaded..pure silk heavy chiffon..prada lace..solstiss..di mana harga lace mencecah ribuan ringgit..dalam erti kata lain..fabrik eksklusif..sebab itu lah harga sewaan pun lebih dari jangkaan awaa..
Jadi kepada yang faham..dia tahu harga sewaan yang kami letak sekarang ini sangat berbaloi untuk yg mencari design dengan material heavy dan eksklusif..



Untuk yang nak custom pula..Kami juga akan beri pilihan kepada yang nak buat sebarang design..apa yang penting awaa jelas dengan apa yang awaa mahukan..kami akan cuba aturkan mengikut kesesuaian..dari pemilihan material..bajet dan juga design..

Kebanyakan customer akan sebut dia mencari sesuatu design yang simple..terutama untuk baju nikah dan tunang..pada kami..kalau awaa mencari baju sewaan dengan harga 200-300..kenapa awaa tak tempah saja jika ada harga yang bersesuaian..atau beli terus yang READY MADE..lebih berbaloi rasanya sebab terus jadi hak milik sendiri..banyak juga pilihan readymade dengan range harga yang berpatutan..melainkan kalau awaa nak cari baju yang sarat atau dari material songket..baru lah pergi kepada sewaan..Nilai bajet itu besar bagi sesetengah orang..tidak kira la apa kemampuan kita..mungkin untuk sesetengah orang 2000 tu macam 200..tapi sesetengah orang 200 tu ibarat 2000.. jadi buat pilihan yang betul, BIJAK dan tidak merugikan diri sendiri..


Percaya tak..mata kita ni memang mudah tertarik dengan design yang nampak elegant..biasanya yang elegant ni design simple pun dah nampak cantik dan ramai juga tak tahu..untuk menjadikan sesuatu design itu nampak sedemikian perlukan material, tailor dan bajet yang elegant juga..
Jangan pula pi tanya butik nak custom design baju wedding dengan harga RM200..memang tak masuk akal dek..beli baju sekolah sepasang pun dah dekat 100..ini kan pulak baju wedding..lain la kalau awaa nak buat konsep kembali ke alam sekolah.. 😁😁.. jangan mara naaa..


fakta: 

Bos kami kahwin 12 tahun lepas..sewa baju kebaya lace biasa dekat Alam sentral pun dah harga RM900..itu tahun 2004..sekarang dah 2017..hmmmm 🤔🤔

Wednesday, 15 February 2017

3 TIPS MUDAH CARI BAJU PENGAPIT aka BRIDESMAID

Asyik cerita pasal pengantin jek..
Harini rasa nak bercerita pasal dayang2 pula..aka bridesmaid
Bukan apa sekarang ni kan trend..pengantin diapit rakan2 yang berpakaian sedondon..
So setiap kali member nak kahwin..member yang lain pun turut dapat tempias persediaan nya..tak giteww..

Kat sini kami share sikit TIPS mudah untuk menempah atau membeli baju untuk bridesmaid..

1. PASTIKAN BAJET BERSESUAIAN 

Bukan semua mampu dengan apa yang awaa mampu..begitu juga sebaliknya..pastikan bajet untuk baju tu bersesuaian dengan kawan2 yang lain juga..buatnya tiap2 bulan ada je yang nak kahwin..mau pening kepala member nak beli baju baru tiap2 bulan..lain la kalau awaa semua sehati sejiwa nak pakai satu baju je untuk semua wedding dalam group awaa tu kan..huhu 😁

2. DESIGN YANG SESUAI

Haaa..ini yang kami amat tekankan untuk bridesmaid..kalau awaa semua sama saiz tak jadi masalah..tapi kalau ada yang pelbagai..better tengok design yang sesuai untuk semua jenis badan..kalau awaa sesuai pakai belum tentu kawan awaa sesuai..kesian kat diorang juga kan..sama2 keluar duit so makesure sama2 jadi cantik lerr..

3. PILIHAN WARNA YANG TEPAT

Part ni juga penting..jangan main pilih je..lain la kalau awaa semua satu ton warna kulitnya..
kaji la sket kalau sawo matang warna apa yang sesuai..yang cerah dah tentu tak de masalah..cadangan kami untuk bridesmaid warna yang paling sesuai adalah pastel yang kosong atau pun kalau nak yang bercorak pastikan juga senada dan tidak terlalu menonjol coraknya..bukan apa..awaa tu pengapit je..jangan overshadow pengantin pulak..😅

Main point disini..banyak kan berbincang bila melibatkan ramai kawan2..jangan buat keputusan tanpa capai persetujuan semua orang..tak adil namanya kan..melainkan la pengantin nak sponsor semua baju awaa tu..yang tu awaa kena terima je la apa yang pengantin suka..hehe

Sekian perkongsian ringkas dari kami hari ini..

ADIOS..

Tuesday, 7 February 2017

3 TIPS MUDAH UNTUK HASILKAN SEPASANG BAJU

Harini rasa nak share lagi tips untuk tempahan baju..bukan apa, dalam kami dok bercerita hari2 pasal benda ni..rupanya memang ramai lagi yang tak tahu dan ambil mudah perkara yang kami anggap tak mudah..setiap hari kami dihujani mesej dari instagram..facebook dan juga whatsapp..macam2 kisah..

Biar lah kalau orang kata kami asyik post benda yang sama saja..tak jemu ke?? dalam hati ni tuhan je la yang tahu..kita nak bagi ilmu kat orang kan..bukan nya nak minta duit awaa pun..cuma nak awaa tu beringat sebelum tersalah langkah..bukan kami yang keluar duit..awaa yang nak keluarkan duit..lain la kalau awaa memang suka nak keluar duit banyak kali..kalau rasa banyak sangat duit tu baik pi sedekah..dapat jugak pahala kan..haaaa kan dah kena bebel ngan kami..

ok jom refresh sket tips nak tempah baju..kali ni kami nak lebih tekan kan kepada yang nak beli material sendiri..

1- ADA DESIGN BARU BELI MATERIAL/FABRIK

 Pastikan awaa dah ada design dan warna pilihan sebelum pergi beli fabrik..bukan apa..ni untuk mengelakkan awaa beli terlebih atau terkurang fabrik..awaa mungkin akan MEMBAZIR atau pun buat kerja dua kali..selalunya customer yang datang ke butik kami dengan material PASTI akan bawa 2 meter lace dan 4 meter satin..senang citer beli pakej kat kedai kain..pastu bila tanya dah ada design ke?..jawapan nya tak tau lagi nak buat baju apa..last2 sebab takut membazir terpaksa la pilih kurung moden standard je..kang kalau tak guna semua rugi pulak..padahal dalam hati teringin nak buat design up to date..
Ada setengah tu pulak bila tunjuk design..fabrik pula yang tak lengkap..chiffon tak beli..lace dah terlebih beli..nak pakai nya kurang semeter..tapi dah beli 2 meter..1 family pun boleh tumpang lace dia.. KESIMPULANNYA WAJIB TAHU DESIGN DULU..INGAT TU!

2- PASTIKAN TAILOR ARIF DENGAN DESIGN TERSEBUT

Kebanyakan customer akan ambil contoh design yang dihasilkan oleh designer..so imaginasi nya memang tinggi untuk pastikan kain yang dah dibeli tu jadi sebiji macam dalam gambar..Jadi kalau awaa mampu untuk beli kain dengan harga yang mahal terutamanya..awaa juga sepatutnya mampu untuk cari tailor yang betul2 pakar dengan jahitan baju pengantin..yang boleh beri idea juga untuk mencantikkan baju awaa..yang dah terbukti menghasilkan baju2 dengan design out of box!!

Bukan apa..kami dah banyak terima kes customer cari baju last minute sebab baju rosak..baju tak siap..tak cantik..macam2 lagi la..salah siapa?..salah sendiri la..takut sangat nak keluar duit untuk jahit baju..last2 sendiri la yang susah..kan dah kena keluar duit lagi..kami banyak terima mesej dari customer yang bertanya tentang tailoring..kalau ikutkan rate kami antara yang terendah untuk kategori SPECIALIST yang ada butik..tapi biasa la..ayat "saya survey dulu".. dah biasa sangat kami dengar..itu belum lagi yang terus senyap seribu bahasa lepas kami bagitahu harga..Agak2 la nak murah tang mananya lagi..tunjuk design dress berlining..penuh patching lace..ingat boleh dapat ke tailoring bawah RM300? jahit baju berlining kosong je pun dah RM200 lebih dek non..ini kan pulak nak jahit baju pengantin..tailor yang jahit baju kat rumah tu pun ada yang caj lebih dari tu tau..

ada 1 kes tu pulak..dia hantar jahit dress bunga 3D dengan kos jahitan rm350..dia kata kos tu mahal bagi dia..(bagi kami plak..dah murah la tu dik oii) dia minta tailor sediakan lining juga untuk lace yang dia dah beli..sekali bila dah siap..lining super jarang yang dia dapat..design dress runaway yang dia imagine dah bertukar jadi dress sebaliknya..nak cakap apa lagi?? majlis lagi seminggu nak berlansung..

3- LUANGKAN LEBIH BANYAK MASA

Maksud nya..awaa kena banyakkan cari info untuk menghasilkan sepasang baju idaman..bukan main hentam keromo je yek..dari permulaan awaa pilih untuk buat baju..awaa dah kena belajar kenal fabrik, kenal design, tahu berapa harga fabrik..sebab ada banyak range harga untuk fabrik terutamanya lace..dari serendah puluh ringgit semeter sehingga ke 4 angka untuk semeter lace..so jangan ingat lace tu murah yek..Survey semua ni..supaya awaa tak ditipu..mengurangkan risiko untuk buat kesilapan juga..kalau awaa banyak modal takde masalah..pergi je terus jumpa designer..tapi untuk yang belum ada kemampuan..ini saja caranya..sekarang zaman teknologi maklumat..semuanya ada dihujung jari..jadi rajin2 kan lah membaca untuk memudahkan pencarian awaa tu..

Takpun kalau awaa nak khidmat nasihat secara PERCUMA..datang je la ke Emas Pesona..kami la tuuu..hehe..ramai je yang dah datang jumpa kami..yang terus tempah pun ada..yang datang sekadar nak bertanya pun ada..yang dah datang bertanya pastu pergi hantar tailor lain pun ada..yang dah hantar tailor lain pastu datang balik cari kami untuk betulkan baju dia pun ada juga 😅 ..kami terima je..kita tolong orang dalam kesusahan mana tahu esok lusa orang tolong kita balik kan..
In Sya Allah..

Sekian perkongsian untuk kali ini..

ADIOS..❤



Thursday, 2 February 2017

FREE CONSULTATION FOR CUSTOM MADE

Bahagia tidak hanya datang untuk orang yang sedang dilamun cinta..
Bagi kami apa yang membahagiakan bila kami dapat bantu ramai customer yang tak arif dengan selok belok tempahan baju..terutamanya baju pengantin..kami tak minta duit anda untuk beri khidmat nasihat..tapi biasa lah..ada yang menghargai usaha kami dan ada juga yang tak..mereka lebih senang tanya dan bila dah dapat info terus senyap tanpa apa2 maklum balas..

Bukan semua orang faham kenapa dan mengapa setiap tempahan itu berbeza range harganya..kadang2 expectation nya jauh tersasar dari apa yang dia rasakan..
Contoh.. ada customer yang rasa dia boleh dapat sepasang baju dengan harga RM300..tapi bahagian yang dia tidak tahu..material yang dia tunjukkan untuk design tu saja dah melebihi RM300..so di sini la tugas kami untuk menerangkan..dan kami akan suggestkan pula design bagaimana yang sesuai dengan bajet RM300 tersebut..

Untuk yang senang faham..perkara ini takkan jadi masalah besar bagi dia sebab dia tak tahu harga material semasa..tapi untuk yang berkeras nak juga design dengan bajet yang dia ada dan tak menerima pendapat..ini yang susah sikit nak kami bantu..jalan mudah..mungkin jodoh anda bukan dengan kami..hehe..

Kepada yang ada kemusykilan tentang tempahan baju..tambahan pula dengan design yang "heavy" ala Rizalman..ala Rizman Ruzaini..itu belum lagi yang tunjuk kat kami design runaway mat salleh ..kami sarankan datang ke butik..boleh kami cerita kan panjang lebar..bukan tak boleh tanya dalam whatsapp..kami still akan layan pertanyaan anda..cuma mungkin ada yang kurang jelas..fahaman kami untuk sesuatu design tu mungkin tak sama dengan apa yang anda faham..so untuk mengelakkan kekeliruan dan salah faham..luangkan masa untuk datang ke butik kami..
FREE CONSULTATION je untuk anda..buat keputusan yang tepat sebelum anda kerugian dan menyesal kemudian hari..sebab dah ramai yang hadapi situasi macam ni..melainkan kalau anda tak kisah lansung pasal bajet..rosak satu baju..kita beli je kain lain pulak..huhu

Jadi untuk yang nak kahwin terutamanya..anda dah ambil tindakan yang bijak jika memilih untuk mencari ilmu terlebih dahulu sebelum mengambil keputusan untuk membuat sebarang tempahan..
InsyaAllah apa ilmu yang kami ada akan kami kongsikan dengan anda..nak tempah dengan kami atau tak itu terpulang pada anda..kalau tempah..rezeki kami la namanya..

So jangan malu jangan segan..kata orang kalau malu bertanya sesat jalan..😉

Jumpa lagi next entry..

adios..