Wednesday, 15 February 2017

3 TIPS MUDAH CARI BAJU PENGAPIT aka BRIDESMAID

Asyik cerita pasal pengantin jek..
Harini rasa nak bercerita pasal dayang2 pula..aka bridesmaid
Bukan apa sekarang ni kan trend..pengantin diapit rakan2 yang berpakaian sedondon..
So setiap kali member nak kahwin..member yang lain pun turut dapat tempias persediaan nya..tak giteww..

Kat sini kami share sikit TIPS mudah untuk menempah atau membeli baju untuk bridesmaid..

1. PASTIKAN BAJET BERSESUAIAN 

Bukan semua mampu dengan apa yang awaa mampu..begitu juga sebaliknya..pastikan bajet untuk baju tu bersesuaian dengan kawan2 yang lain juga..buatnya tiap2 bulan ada je yang nak kahwin..mau pening kepala member nak beli baju baru tiap2 bulan..lain la kalau awaa semua sehati sejiwa nak pakai satu baju je untuk semua wedding dalam group awaa tu kan..huhu 😁

2. DESIGN YANG SESUAI

Haaa..ini yang kami amat tekankan untuk bridesmaid..kalau awaa semua sama saiz tak jadi masalah..tapi kalau ada yang pelbagai..better tengok design yang sesuai untuk semua jenis badan..kalau awaa sesuai pakai belum tentu kawan awaa sesuai..kesian kat diorang juga kan..sama2 keluar duit so makesure sama2 jadi cantik lerr..

3. PILIHAN WARNA YANG TEPAT

Part ni juga penting..jangan main pilih je..lain la kalau awaa semua satu ton warna kulitnya..
kaji la sket kalau sawo matang warna apa yang sesuai..yang cerah dah tentu tak de masalah..cadangan kami untuk bridesmaid warna yang paling sesuai adalah pastel yang kosong atau pun kalau nak yang bercorak pastikan juga senada dan tidak terlalu menonjol coraknya..bukan apa..awaa tu pengapit je..jangan overshadow pengantin pulak..😅

Main point disini..banyak kan berbincang bila melibatkan ramai kawan2..jangan buat keputusan tanpa capai persetujuan semua orang..tak adil namanya kan..melainkan la pengantin nak sponsor semua baju awaa tu..yang tu awaa kena terima je la apa yang pengantin suka..hehe

Sekian perkongsian ringkas dari kami hari ini..

ADIOS..

No comments:

Post a Comment