Wednesday, 22 February 2017

CUSTOM vs SEWA

Isu ini antara yang sering juga ditanya oleh customer kami..
Ada pro dan kontra nya mana2 pun yang awaa pilih..kalau awaa nak mencari yang sewaan pasti kan awaa tahu konsep atau lokasi sesuatu butik tu..sebab harga nya juga akan ada perbezaan..begitu juga dengan customade..

Kami terima banyak pertanyaan untuk sewaan dengan harga RM200 - RM300 sepasang..
Terlebih dahulu..mohon maaf dari kami..sebab kami tak sediakan baju sewaan dengan rate di atas..ini kerana untuk sewaan kami menghasilkan baju dari fabrik seperti french lace beaded..pure silk heavy chiffon..prada lace..solstiss..di mana harga lace mencecah ribuan ringgit..dalam erti kata lain..fabrik eksklusif..sebab itu lah harga sewaan pun lebih dari jangkaan awaa..
Jadi kepada yang faham..dia tahu harga sewaan yang kami letak sekarang ini sangat berbaloi untuk yg mencari design dengan material heavy dan eksklusif..



Untuk yang nak custom pula..Kami juga akan beri pilihan kepada yang nak buat sebarang design..apa yang penting awaa jelas dengan apa yang awaa mahukan..kami akan cuba aturkan mengikut kesesuaian..dari pemilihan material..bajet dan juga design..

Kebanyakan customer akan sebut dia mencari sesuatu design yang simple..terutama untuk baju nikah dan tunang..pada kami..kalau awaa mencari baju sewaan dengan harga 200-300..kenapa awaa tak tempah saja jika ada harga yang bersesuaian..atau beli terus yang READY MADE..lebih berbaloi rasanya sebab terus jadi hak milik sendiri..banyak juga pilihan readymade dengan range harga yang berpatutan..melainkan kalau awaa nak cari baju yang sarat atau dari material songket..baru lah pergi kepada sewaan..Nilai bajet itu besar bagi sesetengah orang..tidak kira la apa kemampuan kita..mungkin untuk sesetengah orang 2000 tu macam 200..tapi sesetengah orang 200 tu ibarat 2000.. jadi buat pilihan yang betul, BIJAK dan tidak merugikan diri sendiri..


Percaya tak..mata kita ni memang mudah tertarik dengan design yang nampak elegant..biasanya yang elegant ni design simple pun dah nampak cantik dan ramai juga tak tahu..untuk menjadikan sesuatu design itu nampak sedemikian perlukan material, tailor dan bajet yang elegant juga..
Jangan pula pi tanya butik nak custom design baju wedding dengan harga RM200..memang tak masuk akal dek..beli baju sekolah sepasang pun dah dekat 100..ini kan pulak baju wedding..lain la kalau awaa nak buat konsep kembali ke alam sekolah.. 😁😁.. jangan mara naaa..


fakta: 

Bos kami kahwin 12 tahun lepas..sewa baju kebaya lace biasa dekat Alam sentral pun dah harga RM900..itu tahun 2004..sekarang dah 2017..hmmmm 🤔🤔

No comments:

Post a Comment