Tuesday, 7 March 2017

KENAPA ANDA PERLU DATANG KE BUTIK??

4 PERKARA UTAMA YANG PERLU ANDA TAHU..

1- DATANG TAK BERMAKNA KENA TEMPAH

Masih ramai lagi yang takut2 nak datang ke butik untuk tahu tentang tempahan. Bila dah datang pun ada lagi yang takut nak bertanya..takut nak bercakap bila dah ditanya..Sebab tu ada yang datang dan akhirnya turun semula tanpa dapat apa2 info dari kami..Apa yang ditakutkan atau dirisaukan pun kami tak pasti..takut mahal??..kalau tak tanya macam mana awaa nak tahu mahal atau tak harga yang kami tawarkan?..banyak suggestion yang kami boleh beri sekiranya awaa mula bertanya..dan tak pernah lagi ada kes customer dipaksa menempah setelah mendengar penerangan dari kami..keputusan semuanya terletak ditangan dan poket awaa juga..

2- PENERANGAN DALAM ONLINE DAN LIVE SANGAT BERBEZA

Ini part yang paling utama..kadang apa yang awaa tanya DALAM WHATSAPP/DM/PM dan apa yang kami jawab mungkin akan ada perbezaan..awaa mungkin faham dalam konteks lain ..tapi apa yang kami terangkan pula dari sudut fahaman kami dan akhirnya akan ada salah faham yang tidak disengajakan..kebanyakan customer yang bertanya sesuatu design dengan kami kurang arif dengan fabrik dan material yang digunakan untuk sesuatu busana..jadi setiap apa yang kami terangkan..pasti akan ada yang tidak faham 'term' yang kami biasa gunakan..kami juga tidak dapat jangkakan apa yang awaa faham dan apa yang awaa tak faham..customer sebegini ada lah orang yang sangat2 kami sarankan untuk datang terus kebutik..biar la kering air liur kami bercakap kat butik asalkan apa yang kami nak sampaikan customer boleh faham..

3. LIHAT SENDIRI SETIAP MATERIAL SECARA LIVE

Advantage untuk yang boleh datang kebutik..awaa dapat tengok terus material yang kami gunakan..kualiti jahitan setiap busana yang kami hasilkan..boleh terus cuba design dan sample yang ada dibutik juga..Oleh kerana itu lah kami ada fizikal butik..ia untuk memudahkan setiap customer datang berurusan dan kami juga perlukan kepercayaan setiap customer bahawa kami benar2 serius dalam bidang ini..Jadi awaa yang datang juga perlu set dalam kepala yang awaa berurusan dengan BUTIK dan bukannya kedai jahitan pakaian biasa..setiap staff kami dilatih untuk menerangkan apa yang awaa perlu tahu..

4. RAMAI YANG TAK BOLEH BEZAKAN HARGA READY MADE & CUSTOM MADE 

Ini part yang agak sukar nak dijelaskan..Ramai yang bertanya dan tunjuk pelbagai design yang tidak sepadan dengan bajet yang diberi.. Ada yang tunjuk design gown kembang dengan bajet RM300.. Ada yang tunjuk design dress full songket dengan lace dengan bajet BAWAH RM250.. hmmm..
Apa kah orang sebegini tidak pernah membeli baju atau pun saja2 cuba nasib?.. Kalau baju datang siap dari vietnam atau bandung pun belum tentu awaa dapat harga sebegitu..ini kan pula awaa tanya BUTIK untuk custom made.. ye range harga itu memang boleh dapat sepasang baju READY MADE.. tapi dah tentu bukan baju wedding macam yang awaa minta tu..pergi la ke jalan masjid india sekali pun..kalau design songket dengan lace harga nya bukan RM250 ye..tapi RM2500 tau!..itu yang readymade bukannya CUSTOM MADE.. Harap selepas ini awaa boleh berfikir sedalam2 nya sebelum tanya sesuatu yang tidak logik..bukan apa..takut last2 awaa yang malu sendiri..


Sekian sahaja perkongsian kami hari ini..

Adios..

















No comments:

Post a Comment